oleh: Siti Farhanah Adzmira Binti Che Pa
Pelajar Latihan Industri Bahagian Komunikasi Korporat UPSI

Beberapa sektor ekonomi di Malaysia kini dibenarkan beroperasi bermula Ogos lalu secara berperingkat, namun setiap sektor yang dibuka perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh MKN bagi mencegah penularan wabak COVID-19.
Selain itu, SOP kesihatan tambahan perlu dipatuhi terutamanya jika perlu bekerja secara bersemuka, bagi mencegah penularan merebak dalam kalangan pekerja di tempat kerja. Pelbagai tips yang disarankan oleh WHO yang boleh diamalkan ketika berada ditempat kerja bagi mengatasi masalah penularan wabak covid-19.

Antara tips yang boleh dilakukan ialah:
1. Kekal sihat dan produktif, elakkan penggunaan lif kerana lif merupakan tempat yang sempit dan mungkin tidak bersih. Kemungkinan dijangkiti virus covid-19 adalah tinggi. Gunakan tangga lebih selamat, anda juga mengeluarkan peluh. Peluh mampu membakar kalori badan.

2. Kekalkan penjarakan fizikal antara rakan sekerja bagi mengelak penularan wabak. Melalui penjarakan jika dapati ada penjawat yang lain bersin atau batuk kemungkinan untuk dijangkiti adalah rendah. Setiap titisan yang dikeluarkan sangat merbahaya jika dia merupakan pesakit covid.
3. Kajian terbaharu yang dikeluarkan jurnal perubatan, The Lancet, menyatakan jarak satu meter sudah cukup untuk mengurangkan risiko jangkitan.

4. Di setiap tempat kerja perlu sediakan cecair pencuci tangan dan cecair pembasmi kuman. Jika tangan anda kotor segeralah basuh dengan menggunakan cecair pencuci tangan namun jika tiada, penggunaan cecair pembasmi memadai berbanding tidak mencuci tangan langsung. Amalkan mencuci tangan dengan kerap agar dapat membasmi kuman yang berada di lapisan luar tangan.

5. Memakai pelitup muka setiap masa (face mask) sebagai penghadang yang bantu menghalang cecair dari bergerak keluar atau masuk. Pelitup muka mampu menghalang cecair keluar atau merebak ke udara seperti batuk dan bersin.

6. Elakkan berada di tempat terlalu ramai orang. Minimakan pergaulan sesama rakan sepejabat.

7. Melaksanakan proses nyah kuman di kawasan yang sering digunakan oleh ramai pekerja bagi mengekalkan kebersihan persekitaran.

8. Mengatur mesyuarat yang selamat dengan menggunakan teknologi canggih melalui aplikasi Google Meet, Webex dan banyak lagi bagi mengelak pekerja berkumpul dan menghadapi ruang yang sempit. Secara tidak langsung pertemuan mesyuarat akan menyebabkan sistem pengudaraan terbatas lebih-lebih lagi dalam tempoh yang lama.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)