Banner Hari Raya PKMBanner Hari Raya PKM

oleh: Arissa Hasya Auni

Tanjong Malim, 21 Mac 2026 – Bersempena 1 Syawal pada hari ini, Pejabat Karang Mengarang (PKM) buat tahun kedua mengeluarkan lagu raya kecerdasan buatan atau A.I bertajuk “Raya Cara PKM”. 

Timbalan Pendaftar Kanan PKM, Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain yang juga merupakan penulis lirik lagu ini berkata lirik menceritakan tentang warga PKM yang hendak menyambut raya tetapi tetap selesaikan kerja dahulu sebelum bercuti.

“asyik, beraksi, menari mengikut rentak lagu,;menonton di Tik Tok,  tak sabar menunggu, masa untuk merai hari raya Aidifitri, selesaikan kerja dahulu, jumpa seminggu lagi…”

Tambah Ahmad lagi, trend masa kini yang menggunakan platform Tik Tok untuk tujuan promosi mendorong dirinya memasukkan lirik tersebut.

“PKM kini melalui Muhammad Izzat Safwan Abd Halim dan Team Tik Tok sangat aktif menerbitkan video menarik di Tik Tok Penerbit UPSI (@penerbit UPSI)”  kata Ahmad.

Baru baru ini, video mereka mendapat tontonan tertinggi sekitar 10800 tontonan dengan mendapat perhatian artis Amira Othman yang menampilkan lagu  “Bincang Raya”.

Menurut Ahmad lagi, lagu raya PKM kali ini terus mengekalkan lirik yang ditulis nama Pejabat  Karang Mengarang. Lirik tersebut iaitu “sangat meriah Syawal di tirai hari, jom meraikan bersama famili, ucapan Salam Lebaran penuh riang, daripada kami, warga Pejabat Karang Mengarang”.

Lagu raya A.I menggunakan aplikasi SUNO ini  boleh diakses di Tik Tok manakala lagu penuh boleh didapati di pautan berikut:

Lagu di Youtube

Sementara itu, Pengarah PKM, Profesor Madya  Dr Nordiana Hamzah dalam ucapan raya bagi pihak warga PKM berkata perasaan sedih meninggalkan bulan Ramadhan bila Syawal menjelma.

“Adapun kami dari Pejabat Karang Mengarang UPSI dengan penuh takzim merafak sembah memohon ampun dan maaf atas segala khilaf tutur dan kekurangan dalam perjalanan menghimpun huruf menjadi kitab, memelihara hikmah, menyulam makna dan mengangkat martabat ilmu ke singgahsana peradaban”  kata Dr Nordiana.

‘Moga ukhwah ini kekal seperti tinta yang tidak pernah kering , dan ilmu yang disemai terus bersemi menjadi warisan sepanjang zaman” tambah Dr Nordiana lagi.

Suasana raya PKM sudah mula dirasai sejak 18 Mac 2026 lalu dan kakitangan mula bercuti pada 19 Mac 2026 sehingga 25 Mac 2026. Namun demikian, Pejabat PKM tetap dibuka pada 23-25 Mac 2026.