Oleh: Nurul Hasya Farhana Fadzil

Tanjong Malim, 19 April 2026 – Telah berlangsungnya Program Glowrobik Night anjuran Blok Kediaman 3 Kolej Harun Aminurrashid (KHAR), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang melibatkan penyertaan terbuka kepada semua mahasiswi UPSI khususnya penghuni Kolej KHAR.

Program Glowrobik Night yang bertemakan Relax & Recharge merupakan sebuah program berbentuk riadah berkonsepkan kecergasan yang menggabungkan elemen senamrobik dengan suasana santai dan interaktif pada waktu malam.

Istilah “Glowrobik” merujuk kepada gabungan perkataan “glow” yang melambangkan suasana bercahaya dan bertenaga, serta “aerobik” merujuk kepada aktiviti kecergasan fizikal. Konsep ini diperkenalkan bagi mewujudkan pengalaman riadah yang lebih menarik, unik dan berbeza berbanding aktiviti senamrobik konvensional.

Penganjuran program ini berjaya menarik perhatian seramai 357 orang peserta dari kalangan penghuni KHAR yang dilaksanakan di dewan Harun Aminurrashid, UPSI dengan matlamat menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan penghuni kolej melalui penglibatan dalam aktiviti riadah yang aktif dan menyeronokkan.

Selain itu, program ini juga menjadi medium untuk kukuhkan perpaduan dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan fizikal serta kesejahteraan diri dalam kalangan pelajar.

Tambahan pula, program ini turut berperanan dalam menyemai semangat kerjasama serta memupuk minat dan penglibatan pelajar dalam aktiviti berasaskan kecergasan. Secara tidak langsung, ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta mewujudkan suasana komuniti kolej yang lebih aktif, sihat dan harmoni.

Oleh yang demikian, bagi mencapai setiap objektif yang disasarkan, program ini memfokuskan kepada pengisian aktiviti kecergasan yang interaktif dan menyeronokkan.

Antara pengisian utama yang dilaksanakan dalam program ini termasuk sesi senamrobik dan dance challenge yang disusun bagi menarik penglibatan aktif dalam kalangan peserta.

Pendekatan ini bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal, malah turut mewujudkan suasana yang meriah dan bertenaga sepanjang program berlangsung.

Program yang dihadiri Pengarah Program, Ainul Atiqah Mohd Najib menyatakan bahawa penganjuran Glowrobik Night bukan sahaja sebagai wadah pengisian masa lapang yang berfaedah, malah menjadi peluang untuk mempererat hubungan silaturahim antara penghuni.

Penganjuran program seperti ini juga diharapkan dapat memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan mahasiswi, selaras dengan usaha melahirkan generasi yang seimbang dari segi akademik dan kesejahteraan diri.

Tambah beliau, sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta membuktikan bahawa aktiviti berunsurkan kecergasan mampu menarik minat pelajar apabila dilaksanakan secara kreatif dan santai.

Selain itu, selaku penasihat program Glowrobik Night, Puan Norrulkamari Daud turut meluahkan pandangan bahawa program ini mampu membuka ruang dan peluang kepada penghuni kolej untuk berinteraksi dengan lebih mesra melalui pelbagai kaum dalam suasana yang ceria dan bertenaga.

Para penghuni kolej bukan sahaja aktif dalam akademik tetapi mampu mengambil peluang yang ada untuk cergaskan fizikal dan mental mereka dengan aktiviti sebegini lebih-lebih lagi di kala waktu cuti hujung minggu.

Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penglibatan yang lebih meluas serta penambahbaikan dari segi penganjuran bagi memberikan pengalaman yang lebih bermakna kepada semua peserta.

Program berakhir dengan suasana yang penuh meriah dan semangat kegembiraan  jelas terpancar dalam kalangan para peserta yang hadir serta mendapat feedback yang positif daripada mereka. Antara maklum balas positif yang diberikan antaranya muzik yang digunakan sangat sesuai, rancak, dan menepati minat citarasa remaja kini.

Selain itu, peserta juga diberikan gelang glowy dengan menampakkan suasana yang lebih meriah dalam dewan dengan suasana yang gelap, barisan AJK di hadapan juga lebih sporting dan bersemangat menjadi penunjuk cara untuk setiap langkah senamrobik di hadapan pentas dengan penuh energetic dan lebih fun. Jadi, itulah beberapa maklum balas positif yang diberikan kepada para peserta dalam Program Glowrobik Night ini.

Penglibatan aktif dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung membuktikan bahawa aktiviti yang dirancang berjaya menarik minat serta memberi pengalaman yang bermakna kepada semua yang terlibat.

Program ini juga telah memberikan impak yang positif kepada para peserta, khususnya dari segi peningkatan tahap kecergasan fizikal, kesejahteraan emosi serta pengukuhan hubungan sosial dalam kalangan penghuni kolej.

Secara keseluruhannya, Program Glowrobik Night berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam menyediakan platform riadah yang sihat dan menyeronokkan.

Di samping itu, program ini turut berjaya mewujudkan suasana komuniti kolej yang lebih harmoni, aktif dan berdaya saing, selaras dengan usaha melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek fizikal, mental, sosial dan afektif. Tahniah kepada Exco Blok kediaman 3 Kolej Harun Aminurrashid atas penganjuran program yang menarik dan sambutan yang amat menggalakkan ini.