Rakan Exco Bersama-sama Menyiapkan Bahan MasakanRakan Exco Bersama-sama Menyiapkan Bahan Masakan

Tanjung Malim, 7 September 2026 – Kolej Harun Aminurrashid (KHAR), Universiti Pendidikan  Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan program “Sajian Kasih | Badan Wakil Pelajar “Seribu Sajian,  Sejuta Makna” yang mana melibatkan aktiviti memasak secara bergotong-royong yang diketuai oleh  ahli jawatankuasa “Food Security and Culinary”.

Program ini turut mendapat sokongan dan penyertaan  daripada rakan-rakan Exco,pelajar diploma dan Majlis Mahasiswa Kolej (MMK) yang bersama-sama  berganding bahu dalam menjayakan setiap perjalanan program. Penglibatan secara bersama ini bukan  sahaja membantu melancarkan penyediaan dan penyajian makanan, malah menjadi wadah untuk  mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat kerjasama serta membina rasa tanggungjawab  dalam kalangan mahasiswa. 

Program “Sajian Kasih | Badan Wakil Pelajar “Seribu Sajian, Sejuta Makna” yang dianjurkan ini  bermula pada 7 September 2026 hingga 11 September 2026.Program yang berlangsung khususnya pada  7 September 2026 ini dilaksanakan dengan penuh semangat kebersamaan dan keprihatinan melalui  penyediaan makanan kepada para Rakan Exco dan Majlis Mahasiswa Kolej (MMK) sebanyak tiga kali  sajian, iaitu pada waktu pagi, petang dan malam.Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk  menyediakan dan membekalkan santapan yang seimbang kepada Rakan-rakan Exco dan Majlis  Mahasiswa Kolej (MMK) yang berada di kolej. 

Majlis Mahasiswa Kolej(MMK) Juga Turut Menghulurkan Tangan Untuk Membantu Rakan  Exco dan Pelajar Diploma Dalam Penyediaan Hidangan
Hidangan Disajikan Mengikut SOP yang Betul 
Rakan Exco dan Majlis Mahasiswa Kolej(MMK) Datang Mengambil Makanan

Salah seorang Rakan Exco yang terlibat dengan program ini turut menyuarakan pandangannya terhadap  keberlangsungan program “Sajian Kasih | Badan Wakil Pelajar “Seribu Sajian, Sejuta Makna” ini. 

“Menurut beliau, seribu sajian mungkin kelihatan seperti angka, tetapi di sebalik setiap sajian terdapat  sejuta makna. Ada usaha, ada keikhlasan, ada kepedulian dan ada harapan. Semoga setiap makanan  yang disediakan menjadi asbab kepada lahirnya semangat untuk terus melangkah dan menghadapi  cabaran sebagai mahasiswa.”- Wakil Rakan Exco Kolej Harun Aminurrashid 

Tidak dinafikan melalui penganjuran program “Sajian Kasih | Badan Wakil Pelajar “Seribu Sajian,  Sejuta Makna” ini telah memberikan impak yang positif terhadap rakan-rakan Exco serta Majlis  Mahasiswa Kolej (MMK).Diharapkan program ini dapat berjalan dengan lancar dan baik sehingga  tamatnya program.