Oleh: Erin Natasha Darmadie
Segari, 26 April 2025 – Program yang bertemakan Lindungi Khazanah Marin telah diadakan di Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Segari, Perak. Program ini merupakan anjuran Exco Ekonomi dan Keusahawanan yang telah dirancang rapi oleh Pengarah program serta ahli jawatankuasa yang terlibat. Program ini dihadiri oleh seramai 39 orang pelajar dari Persatuan Pengajian Malaysia (PPMas) yang diketuai oleh Zulkhuriatul Hannah Mhd Yusuf yang prihatin dengan keseimbangan ekosistem penyu.
Tujuan utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya melindungi khazanah marin negara khususnya penyu yang semakin terancam dan pupus. Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan tentang usaha-usaha yang dilakukan oleh Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Segari, Perak dalam melindungi spesies penyu serta habitat mereka.




Sepanjang program, para pelajar berpeluang untuk membersihkan penyu dan kolam mereka sendiri sebagai sebahagian daripada aktiviti interaktif yang memberi pengalaman langsung dalam menjaga kebersihan dan kesejahteraan habitat penyu. Para pelajar juga turut menyaksikan proses-proses penting dalam pemeliharaan penyu seperti proses penanaman telur penyu yang merupakan salah satu langkah penting dalam usaha untuk memastikan kelangsungan hidup spesies penyu yang semakin terancam. Sesudah proses penanaman, telur penyu itu dinamakan sebagai future anak PPMas Upsi yang menandakan proses itu dilakukan oleh para peserta. Aktiviti-aktiviti ini memberi mereka pemahaman yang lebih mendalam tentang betapa pentingnya untuk menjaga keseimbangan ekosistem marin.
Program ini juga telah disempurnakan perasmiannya dengan sesi penyerahan cenderamata daripada pihak penganjur kepada pihak pengurusan Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Segari, Perak atas dedikasi mereka dalam usaha memelihara penyu dan khazanah marin. Sumbangan mereka dalam menjaga keseimbangan ekosistem marin sangat dihargai dan penghargaan ini turut memberi inspirasi kepada peserta untuk lebih aktif dalam menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar.
Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai objektifnya dalam memberi pendedahan mengenai kepentingan melindungi khazanah marin dan memberi peluang kepada peserta untuk terlibat secara langsung dalam usaha konservasi ini. Program ini juga memberi impak positif terhadap kesedaran alam sekitar serta membina kerjasama antara pihak penganjur dan Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Segari dalam memelihara alam sekitar untuk generasi akan datang.
