Barisan kontinjen DRIC yang terdiri daripada persatuan Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) UPSI bersama-sama gabungan beberapa agesi lain didalam Negeri PerakBarisan kontinjen DRIC yang terdiri daripada persatuan Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) UPSI bersama-sama gabungan beberapa agesi lain didalam Negeri Perak

Oleh : Ashraf

IPOH, 28 Ogos 2025 – Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 peringkat Negeri Perak yang telah berlangsung pada 31 Ogos 2025 (Ahad) di Dataran Town Hall, Ipoh menampilkan penampilan istimewa daripada persatuan Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan penuh bergaya didalam kontinjen Darul Ridzuan Integrity Champion (DRIC) yang digerakkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak.

Menyemarakkan sambutan penuh patriotisme itu, keterlibatan AMAR UPSI membuktikan peranan mahasiswa sebagai agen perubahan dan duta integriti dalam masyarakat.

Mereka bergandingan bersama pelbagai lapisan peserta lain termasuk atlet SUKMA Negeri Perak, agensi kerajaan negeri, anggota ACeIO dari Perbadanan Menteri Besar (MB Inc), Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Perbadanan Setiausaha Negeri Perak (SSI), pelajar Maahad Al-Ummah Chemor, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Ipoh, serta pegawai SPRM Negeri Perak sendiri.

Kontinjen DRIC yang terdiri daripada persatuan AMAR UPSI melakukan lintas langsung dihadapan orang ramai semasa perarakan kemerdekaan negeri bertempat di Ipoh, Perak
YBhg. Dato’ TPj Ahmad Sabri bin Mohamed, (tiga dari kanan) Pengarah SPRM Negeri Perak, antara yang hadir di pentas utama semasa perarakan kemerdekaan pada 31 Ogos 2025 di Ipoh, Perak
Antara suasana Kontinjen Darul Ridzuan Integrity Champion (DRIC) semasa sambutan kemerdekaan pada 31 0gos 2025 yang bertempat di Ipoh, Perak

Secara keseluruhan, kontinjen DRIC yang disertai 66 orang peserta ini bakal mempersembahkan disiplin, kerjasama serta semangat patriotisme dalam perarakan kemerdekaan tersebut.

Menurut Pengarah SPRM Negeri Perak, Dato’ Ahmad Sabri bin Mohamed, idea penubuhan kontinjen DRIC adalah sebagai simbol gabungan masyarakat dalam memperkukuh integriti dan menolak rasuah.

Dalam konteks itu, penglibatan AMAR UPSI amat signifikan kerana ia membuktikan bahawa golongan mahasiswa bukan sahaja peka terhadap isu rasuah, malah bersedia tampil ke hadapan memimpin generasi muda ke arah budaya berintegriti.

Antara suasana Kontinjen DRIC semasa raptai penuh pada 29 Ogos 2025 bagi persiapan
kemerdekaan pada 31 0gos 2025 yang akan bertempat di Ipoh, Perak
Antara suasana Kontinjen DRIC bagi persiapan kemerdekaan
pada 31 0gos 2025 yang bertempat di Ipoh
Kontinjen Darul Ridzuan Integrity Champion (DRIC) dibawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak semasa perarakan kebangsaan negeri bertempat di Ipoh, Perak

Sementara itu, dalam taklimat kontinjen DRIC yang diadakan di Kompleks SPRM Negeri Perak, Timbalan Pengarah (Pencegahan), PKPj Mohd Syahrul Ridzuan bin Yahaya, menegaskan bahawa kehadiran mahasiswa seperti AMAR UPSI dalam kontinjen ini memberi mesej jelas bahawa semangat patriotik tidak hanya dizahirkan melalui perarakan, tetapi juga melalui komitmen mempertahankan negara daripada ancaman rasuah dan penyelewengan.

Ketua Perwakilan AMAR UPSI didalam perbarisan kontinjen DRIC, Alif Ashraf Aini pula menzahirkan rasa bangganya atas peluang untuk menyertai kontinjen berprestij tersebut.

“Program ini tidak hanya menyentuh nilai integriti semata-mata, malah menekankan semangat patriotisme itu sendiri. Saya berasa amat bangga kerana dapat mewakili AMAR UPSI dalam menyertai kontinjen DRIC pada perbarisan Hari Kebangsaan ini,” ujarnya.

Kontinjen DRIC yang terdiri daripada persatuan AMAR UPSI melakukan tabik hormat ketika melintas di hadapan pentas utama semasa perarakan kemerdekaan negeri bertempat di Ipoh, Perak
Antara suasana Kontinjen DRIC semasa raptai penuh pada 29 Ogos 2025 bagi persiapan kemerdekaan pada 31 0gos 2025 yang akan bertempat di Ipoh, Perak

Keterlibatan AMAR dalam kontinjen DRIC ini jelas menunjukkan bahawa mahasiswa bukan sahaja pewaris bangsa dan pemikiran, malah mampu menjadi panji yang memperjuangkan nilai integriti serta membudayakan semangat anti rasuah dalam masyarakat.

Semoga penglibatan ini menjadi titik tolak yang signifikan dalam mengangkat martabat AMAR sebagai persatuan berwibawa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), sekali gus memiliki standard tersendiri dalam melahirkan generasi muda yang berani, berprinsip dan berintegriti tinggi.