Oleh: Nur Adrieana Nazurah Binti Norazwan

Tapak Pesta Kolej Aminuddin Baki, 2 Mei – satu program keusahawanan bertajuk Venture Vision: Shaping Future Entrepreneurs telah berjaya dianjurkan oleh Timbalan Setiausaha, Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh. Program ini menampilkan forum utama bertemakan “Turning Passion to Profit: From Zero to Hero” yang memberi inspirasi kepada para peserta tentang bagaimana minat boleh ditukar menjadi sumber pendapatan yang mampan.

Program ini merupakan hasil kolaborasi bersama rakan strategik, Youth of Strength and Happiness Malaysia, Yosh Malaysia, yang turut menyumbang kepakaran dan perkongsian pengalaman dalam dunia perniagaan. Forum yang berlangsung secara interaktif ini menampilkan panel jemputan iaitu panel pertama adalah Encik Muhammad Khairulanwar bin Khadzali merupakan seorang pelabur hartanah yang berpengelaman serta pernah mencecah pendapatan sehingga 7 angka dan panel kedua yang tidak kurang hebatnya, Encik Ummar Farouq Bin Nur Muhammad Firdaus, merupakan seorang CMO Nextsu Media yang berpengalaman dalam bidang pemasaran digital yang berkongsi perjalanan mereka bermula dari bawah sehingga mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan.

Para peserta yang hadir terdiri daripada pelajar dan individu yang berminat dalam bidang perniagaan. Mereka didedahkan dengan pelbagai ilmu praktikal seperti strategi memulakan perniagaan, cabaran sebenar usahawan, serta kepentingan ketekunan dan inovasi dalam membina jenama sendiri. Salah satu kata-kata yang paling memberi kesan daripada penceramah ialah, “Buat je, jangan takut mencuba dan beranilah keluar daripada comfort zone,” yang mengingatkan peserta bahawa kejayaan bermula dengan keberanian untuk bertindak.

Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja membuka minda peserta, malah menjadi platform penting dalam melahirkan lebih ramai usahawan muda yang berdaya saing dan berani merealisasikan impian mereka.