12794324_10208966163534333_8064411206503734412_n

UPSI, 3 Mac 2016 – Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara  mengadakan promosi bergerak Panggung Seni Ekstravaganza : Muzikal Randai Cinduo Mato di UPSI pada 29 Februari 2016 lalu bertempat di Foyer Kompleks Dewan Kuliah Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.

UPSI menjadi lokasi sulong promosi teater muzikal itu merupakan langkah untuk menarik minat orang ramai khususnya pelajar dalam kelompok bidang seni supaya mereka dapat mempelajari seni tradisional secara langsung bukan hanya sekadar teori atau melalui video sahaja.

12799093_10208966116933168_5468272145114631822_n

Teater yang menggabungkan unsur teater, tarian, muzik dan nyanyian dengan mengekalkan keaslian serta struktur asal persembahan randai ini bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 25 Mac 2016  dan dijayakan oleh artis popular seperti Remy Ishak, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dan Ashraf Muslim.

Promosi diteruskan di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dan Universiti Putra Malaysia.

Artikel diterbitkan pada 02 Mac 2016.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)