UPSI – Akademi Pendidikan/Sekolah Makmal buat pertama kali menganjurkan Program “Fun With English” pada 15 hingga 16 Mac 2016 di Dewan SITC. Progam menggunakan Modul Bahasa Inggeris yang dibangunkan oleh Prof. Dato’ Dr. Tunku Mohani Tunku Mohtar, dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi selaku ketua projek.
Penyertaan terdiri daripada 130 pelajar sekolah rendah sekitar Daerah Muallim. Rata-rata peserta sangat teruja dengan setiap slot yang diatur iaitu spelling, debate, action songs, language games, drama, show & tell serta tongue twisters.
Program yang diadakan sempena cuti sekolah ini bertujuan menarik minat murid kepada mata pelajaran Bahasa Inggeris, meningkatkan keyakinan murid untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan memupuk kemahiran kepimpinan dan kemahiran kerja berpasukan dalam kalangan murid.
Program “Fun With English” bertepatan dengan Perancangan dan inisiatif strategik Sekolah Makmal UPSI yang disusun ke arah mewujudkan satu sistem pendidikan holistik dan integrasi yang menekankan aspek kerohanian, sikap dan nilai.
Oleh: Zuniza Mohamed Hanapiah
Akademi Pendidikan/Sekolah Makmal
Artikel ini diterbitkan pada 18 Mac 2016.