HAS_4613

UPSI, 16 MAC 2016 – Buat pertama kali UPSI menjadi tuan rumah bagi Persidangan Pemantapan Citra Kenegaraan (COSNA4) yang diadakan pada 13 hingga 15 Mac 2016. COSNA4 bertemakan “Kenegaraan Mencorak Masa Hadapan” ini diadakan dengan kerjasama Kluster Perpaduan Nasional, Majlis Profesor Negara, Institut Kajian Hubungan Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia dan Institut Kajian Latihan Dan Integrasi Nasional, Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Nasional dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

Persidangan tahunan siri keempat ini dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup berobjektif mengumpulkan bahan atau penulisan ilmiah yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran kursus hubungan etnik, kenegaraan, TITAS, Pengajian Malaysia dan pendidikan, menyediakan wadah wacana ilmu tentang perkara yang berhubung kait dengan masyarakat di Malaysia dan juga kajian perbandingan dengan negara lain dan menyediakan ruang untuk perkongsian ilmu dalam kalangan ahli akademik, penyelidik, para ilmuan, pendidik, pembuat dasar dan tokoh profesional dalam membincangkan pembinaan negara.

HAS_4515 HAS_4620

Ucaputama pada siri kali ini menampilkan Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara/Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Ulung Datuk Dr. Shahsul Amri Bahruddin, Ketua Kluster Perpaduan Nasional, Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Mansor Mohd Noor, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Gandesan a/l Letchumanan dan Dekan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia yang juga merupakan Ahli Kluster Perpaduan Nasional, MPN Prof. Dr. Amir Hasan Dawi.

12 Subtema yang dibentangkan dalam COSNA4 ialah Pembangunan, Govenan Dan Politik, Pendidikan Sekolah Dan Masyarakat, Identiti, Kesedaran, Kebangsaan Dan Pandangan Dunia, Golongan Muda Dan Pergerakan Sukarelawan Masyarakat, Undang-Undang Jenayah Rasuah Dan Keadilan, Keselamatan, Globalisasi Dan Hubungan Antarabangsa dan Teknologi, Komunikasi Alam Sekitar Dan Kesihatan.

HAS_4651 HAS_4925

Turut diadakan Citra Kenegaraan Siswa “Membudayakan Pemikiran Akademik Mahasiswa”, Citra Kenegaraan I, Citra Kenegaraan II, Citra Kenegaraan III, Interaksi Bersama Profesor dan Bengkel Pelan Perpaduan Nasional.

Artikel ini diterbitkan pada 15 Mac 2016.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)