prog khidmat masya org asliUlu Kinta, 19 November – Seramai 36 pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan mengikuti Program Khidmat Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Suluh,Ulu Kinta,Perak, selama tiga hari bermula 19 hingga 21 November 2016..

Pengarah Program, Amiruddin Ismail Zukri berkata, program itu merupakan sebahagian daripada Latihan Amali Dakwah (LAD) kepada pelajar Kursus Dakwah dan Pendidikan (HID 3013).

Menurut Aminruddin, program yang dijalankan selama tiga hari itu dilaksanakan dengan kerjasama Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK).

“Antara objektif program ini ialah untuk memberi pendedahan kepada pelajar kursus HID 3013 mengenai pengurusan dakwah sistematik kepada masyarakat kampung Orang Asli, memberikan pendedahan awal dalam latihan amali dakwah di lapangan melalui aktiviti keagamaan, serta membantu meningkatkan tahap pendidikan dan penghayatan Islam masyarakat Orang Asli,”.

“Selain itu, pelajar dikehendaki mempraktikan teori-teori dakwah yang dipelajari untuk memberi manfaat atau pengukuhan pengetahuan Islam kepada masyakarat Orang Asli di Kampung Orang Asli Suluh, Ulu Kinta, Perak,” katanya.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan