HAS_5802

UPSI, 16 Mei – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) amat sinonim dengan perguruan sejak era SITC lagi. Sambutan Hari Guru menjadi salah satu sambutan wajib di UPSI. Pada tahun ini Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menganjurkan Sambutan Hari Guru dengan tema Guru Bitara bagi mengenang jasa guru yang berbakti kepada anak bangsa dan pembangunan negara.

Naib Canselor,  Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran menerusi teks yang dibacakan oleh  Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr Sahandri Gani Hamzah  berkata,  UPSI adalah institusi penyedia guru terbesar di Malaysia  (yang mengeluarkan graduan pendidikan/guru) dan mengraduatkan lebih daripada 55,000 orang graduan semenjak penubuhannya pada tahun 1997, dan majoritinya bertugas sebagai guru di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

HAS_6107

UPSI sebagai satu-satunya universiti pendidikan di Malaysia, katanya, UPSI berperanan melahirkan guru yang ”berbeza” beyond academic, kerana  nama “Universiti Pendidikan”.

“Usaha ini ke arah menjadikan UPSI sebagai nombor satu universiti pendidikan di rantau ini, sebagai nombor satu  universiti pendidikan di rantau ini serta universiti yang menjadi rujukan, suluhan, panduan, juara (champion) dalam apa sahaja berkait pendidikan.

Sambutan yang berlangsung di Auditorium Utama,  Kampus Sultan Abdul Jalil Shah itu dihadiri pengurusan tertinggi universiti,  dekan, ketua jabatan,  pensyarah serta pelajar.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Md Amin Md Taff.

Sementara itu pengarah program, Nor Saliyati Mustafai berkata guru harus dihargai kerana jasanya membangunkan akhlak dan sahsiah anak bangsa dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah.

HAS_6118

Sempena Sambutan Hari Guru turut disampaikan tiga anugerah kepada pensyarah dan alumni.

Prof. Dr Rosly Jaafar dari Fakulti Sains dan Matematik (FSM) dipilih menerima Anugerah Tokoh Khas manakala  Anugerah Tokoh Alumni 2017 diberikan kepada alumni, Norhayati Zakaria.

Norhayati adalah graduan Sarjana Pendidikan (Sains Sukan) tahun 2009 dan menjadi Bendahari Agung Persatuan Alumni Suluh Budiman (PASB) sejak 2010 hingga kini.

Anugerah Pensyarah 2017 mengikut fakulti dimenangi oleh Dr. Abdul Halim Misnan dari Fakulti Pembangunan Manusia (FPM),   Dr. Mohamadisa Hashim (Fakulti Sains Kemanusiaan), Dr. Lim Ai Choo (Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan), Noriza Nayan (Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif ),  Prof. Madya Dato’ Paduka Dr. Mohd Rosli Saluddin (Fakulti Bahasa dan Komunikasi),  Dr. Ridzwan Che Rus (Fakulti Teknikal dan Vokasional),  Dr. Rohaidah Masri (Fakulti Sains dan Matematik),  Zamrus Hashim (Fakulti Muzik dan Seni Persembahan),  Prof. Dr. Azham Md Ali (Fakulti Pengurusan dan Ekonomi).

Pertandingan Mencipta dan Deklamasi Sajak turut diadakan dan dimenangi oleh Muhammad Faezsyam Suhaini; naib johan, Nur Danun Ain Amin serta tempat ketiga dimenangi oleh Noor Hanieyda  Roshan.

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Tinggalkan Balasan

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)