Tanjong Malim, 2 April – Selaras dengan inisiatif universiti: ‘2018 is An ACTION Year’, Universiti Pendidikan Sultan Idris sekali lagi mencipta sejarah, menjadi IPTA Pertama yang mempunyai kedai sukan rasmi untuk Kelab Hoki Universiti.
Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni, Prof. Mayda Dr. Md Amin Md Taff berkata, sukan kerap dianggap sebagai aktiviti yang besar belanjanya kerana ekosistem sukan yang kompleks & melibatkan pelbagai komponen (latihan, makanan, pertandingan dan lain-lain).
“Isu ini lebih dirasai oleh sukan berpasukan kerana melibatkan bilangan pemain yang ramai. Akibatnya, majoriti persatuan sukan dihimpit isu dana terutamanya sukan yang tidak mempamerkan prestasi terbaik,”.
“Pengalaman saya sebagai pengurus sukan dari tahun 1993 hingga kini menyedarkan saya betapa pentingnya kewujudan dana yang kukuh terhadap sesebuah persatuan sukan dan hari ini sejarah tercatat apabila Kelab Hoki UPSI muncul sebagai kelab sukan yang pertama memiliki Kedai Sukarelawan sukan di IPT Malaysia,” katanya pada Majlis Perasmian Pembukaan Kedai Landak FITOS, UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.
Tambah beliau, penubuhan kedai itu bermatlamat untuk membekalkan peralatan serta servis sukan berkualiti seterusnya menyumbang semula terhadap pembangunan sukan di UPSI, Muallim. Perak & Malaysia.
“Alhamdulillah, berkat sokongan ramai, kedai sukarelawan yang dikendalikan sepenuhnya oleh sukarelawan sukan tanpa sebarang bayaran ini telah mencatat jualan sebanyak RM 20, 000.00 sepanjang tiga bulan pengoperasiannya,”.
“Semoga dengan inisiatif ini akan merancakkan lagi kecemerlangan UPSI bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam bidang sukan.Insyallah inisiatif murni ini akan turut diikuti oleh kelab-kelab sukan lain di UPSI agar mereka memiliki dana yang kukuh & berterusan,” katanya.
#cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia#soaringupwards#pioneeringversatility #upsino1pendidikan
UPSI, Universiti No.1 Pendidikan | UPSI, No.1 Education University