UPSI, 2 Mac – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas, (PRESTASI) berjaya mengumpul sumbangan hasil kutipan dari kalangan warga UPSI dan juga Universiti Awam untuk membantu pelarian Rohingya berjumlah RM 21,500.00.
Sumbangan disampaikan oleh Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran kepada Pengarah Bantuan Kecemasan dan logistic Malaysian Relief Agency (MRA), Encik Stein Van Lutam, pada Majlis Makan Malam Amal Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) yang berlangsung di Dewan SITC.
Profesor Dato’ Dr. Mohammad Shatar berkata, sumbangan itu akan diserahkan kepada pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Dhaka, Bangladesh bagi meringankan beban ditanggung golongan itu.
Beliau amat mengalu-alukan usaha dan inisiatif daripada Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) dan berharap usaha murni dan kemanusiaan seperti itu diteruskan agar generasi kini serta yang akan datang sentiasa sedar bahawa setiap manfaat serta anugerah yang diberikan perlu dihargai.
Hadir sama, Presiden PRESTASI, UPSI, Puan Siti Sumaizan Ramli, dan Timbalan Presiden (Pengantarabangsaan) MASTI, Encik Mohd. Raizalhilmy Mohd. Rais.
#cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia#soaringupwards#pioneeringversatility #upsino1pendidikan
UPSI, Universiti No.1 Pendidikan | UPSI, No.1 Education University