UPSI, 22 Mac – UPSI sekali lagi melakar sejarah apabila sebanyak tujuh penyertaan dalam Anugerah Tokoh Siswa 2018 berjaya tersenarai sebagai finalis. Ini menjadikan UPSI universiti yang paling ramai finalis di dalam Anugerah tersebut.

Finalis yang terpilih ialah Mas Meera dan Stephanie Elam Anak Aris @ Majit dari Fakulti Sains Kemanusia. Masing- masing akan bertanding untuk kategori Pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar dan Pemimpin Program Kebudayaan.

Empat lagi calon ialah Nur Adibah Ahmad Zamri dari Fakulti Pembangunan Manusia untuk kategori Pemimpin Program pengucapan Awam, Amir Kasturi Rahim dari Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan untuk  Kategori Pemimpin Program Sukan, Muhammada Izzul Hamiezan Zohari dari Fakulti Seni Komputeran & Industri Kreatif untuk Kategori Pemimpin Program Wacana Intelek dan Aimi Farizah Roslan dari Fakulti Sains Matematik untuk Kategori Pemimpin Program Sukarelawan (Kesejahteraan Kominiti). Turut tercalon ialah ResQ Team untuk kategori Pasukan Sukarelawan Terbaik.

Acara Kemuncak Anugerah ini akan diadakan pada 30 Mac 2019 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Tahun lalu UPSI berjaya merangkul merangkul lima anugerah utama dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2017.

 

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)