Seberang Jaya, 13 Februari – Kepakaran dan keupayaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menguruskan sistem kewangan organisasi mendapat pengiktirafan dari Bank Islam Malaysia Berhad dengan menerima tiga anugerah dalam satu Majlis Apresiasi Pelanggan Deposit Dan Pengurusan Tunai (DCM) Bank Islam yang berlangsung di The Light Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Tiga Anugerah tersebut ialah Top Cash Management Solutions Subscriber with Bank lslam, The Highest Growth in 2019 (Receivable Solutions) dan The Highest Growth in 2019 (Account Payable Solutions).

Anugerah diterima oleh Bendahari, Mohamad Najib Mohamed dari Mohd Noor Jab, Ketua Deposit and Cash Management yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam.

Mohamad Najib berkata, sistem kewangan bersepadu yang dibangunkan oleh UPSI iaitu UPSI Integrated Management System-Financial Information System (MyFIS Neo) berintegrasi baik dengan aplikasi yang disediakan oleh Bank Islam sekaligus menyumbang kepada peningkatan transaksi secara atas talian dan transaksi tanpa tunai sekaligus melayakkan UPSI memenangi ketiga-tiga kategori yang dipertandingkan.

 

“Bagi memastikan sistem kewangan efisien dan efektif,  Jabatan Bendahari mengambil inisiatif melaksanakan Kampus Tanpa Tunai sepenuhnya, mengoptimumkan penggunaan perbankan internet, Payment Gateway, E-Wallet dan wemujudkan penyelesaian atas talian bagi semua transaksi kewangan universiti.

Tambah beliau, kemenangan tersebut menjadi pembakar semangat kepada jabatannya untuk bekerjasama lebih erat dengan Bank lslam bagi memanfaatkan sepenuhnya Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dalam memantapkan pengurusan kewangan UPSI.

 

#cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia  #upsino1pendidikan #upsino1education #Malaysiamembaca UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI NO.1 PENDIDIKAN | NO.1 EDUCATION UNIVERSITY

 

 

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI