UPSI, 26 September – Universiti Pendidikan Sultan Idris berjaya merangkul lima anugerah di Anugerah Ikon Siswa Johor (AISJ) 2020 yang berlangsung di Holiday Villa Johor Baharu, City Centre.
Anugerah tersebut ialah Anugerah Siswa Johor Terbaik (Akademik) dan Anugerah Menteri Besar Johor Ikon Siswa yang dinobatkan kepada Mohammad Nur Aiman Mohamad. Sementara itu, Anugerah Siswa Johor Terbaik (Sukan) dimenangi oleh Muhammad Fikri Azmi.
Dalam majlis yang dirasmikan oleh Pengerusi jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya, YB Tuan Haji Mazlan Bujang itu, UPSI turut berjaya membolot dua anugerah yang diraih melalui produk Program i-Smart iaitu Anugerah Program Pembangunan Pendidikan dan Kemahiran Terbaik dan Anugerah Program Terbaik Negeri Johor.
Program i- Smart bertujuan membantu meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti kanak-kanak dalam bidang pendidikan, membantu guru-guru menyediakan satu modul perisian dan I modul alat mengajar yang sesuai untuk kegunaan mereka bagi meningkatkan tahap tumpuan kanak-kanak serta memendekkan tempoh pengajaran.
AISJ 2020 anjuran Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor dengan kerjasama Persatuan Anak Negeri Johor Institusi Pendidikan Tinggi ini mempertaruhkan 14 kategori merangkumi anugerah individu, anugerah berkumpulan dan anugerah utama.
Ia bertujuan mengiktiraf dan memberi galakkan kepada kepimpinan mahasiswa Johor yang telah menunjukkan kecemerlangan kepimpinan yang holistik dan kompeten dan juga yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan aktiviti bersama masyarakat selari dengan Lonjakan 1 Pelan Pembangunan Pendidikan (Pengajian Tinggi) 2015-2025.
#cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia #upsino1pendidikan #upsino1education
#Malaysiamembaca #upsithenextlevel #kitajagakita #StayHome
—
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
UPSI NO.1 PENDIDIKAN | UPSI NO.1 IN EDUCATION