TANJUNG MALIM, 7 Mei – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menguruskan penghantaran mahasiswa ke kampung halaman masing-masing hari ini apabila Kementerian Pendidikan Tinggi mengumumkan kebenaran pergerakan pulang pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) sempena cuti perayaan Aidilfitri.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata seramai 101 pelajar yang terbabit dihantar pulang dengan menggunakan pengangkutan milik universiti seperti bas persiaran, van dan coaster di 32 lokasi ‘drop point’ pelbagai daerah wilayah semenanjung pada hari ini.

“Pihak universiti amat cakna terhadap keperluan pelajar dengan menyediakan prasarana pengangkutan yang lengkap diselenggara serta disanitasi dengan sempurna sebelum digunakan. Walaupun dalam masa yang singkat, urusan penghantaran dapat dilaksanakan dengan baik yang mendapat penglibatan pelbagai jabatan Universiti seperti Pusat Kesihatan UPSI, Majlis Mahasiswa Kolej, Majlis Pengetua, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Seketeriat Sukarelawan Siswa (SSS) serta diselia urus Bahagian Keselamatan, Bahagian Pengurusan Risiko dan Keselamatan (ROSH) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni (BHEP),” jelasnya.

Terdahulu pada pukul 2 pagi seramai 5 orang pelajar yang tinggal di wilayah Sabah, telah dihantar pulang menggunakan perkhidmatan penerbangan awam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA & KLIA 2) dengan kenderaan universiti.

Selain itu, kira-kira 11 orang pelajar yang tinggal di wilayah Sabah akan dihantar secara berperingkat dengan menggunakan perkhidmatan penerbangan awam dijadual selesai sehingga 12 Mei ini.

Beliau berkata setiap pelajar diberi taklimat oleh petugas barisan hadapan universiti tanpa mengabaikan SOP sehingga kumpulan pelajar ini tiba ke destinasi. Urusetia MPP turut menjalankan kempen ‘Elak 3 S’ iaitu Sesak, Sembang Dekat dan Sempit kepada pelajar-pelajar yang terlibat untuk mengekang.

Anggota Pasukan C-19 Busters UPSI melakukan sanitasi terhadap bas yang dinaiki pelajar untuk pulang.ke kediaman masing-masing.

 

#cemerlangbersama #upsibest #UPSIMalaysia  #upsino1pendidikan #upsino1education #Malaysiamembaca UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS UNIVERSITI NO.1 PENDIDIKAN | NO.1 EDUCATION UNIVERSITY

 

By epena

e-PENA, Gapura Media UPSI

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)