Tanjung Malim 8 April – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) buat julung kalinya telah tersenarai di dalam QS WUR by subject (Education) 2022 pada kedudukan 201 – 250 dunia dan nombor 4 tertinggi di Malaysia.
Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan antarabangsa kepada UPSI sebagai sebagai sebuah universiti berteraskan bidang pendidikan dalam melahirkan insan guru yang berkualiti untuk negara.
“Pencapaian ini harus dibanggakan oleh seluruh warga UPSI dan alumni serta diharapkan UPSI mampu meningkatkan prestasi penarafan ini di masa akan datang lebih-lebih lagi bakal menyambut sambutan seabad pusat pengajian yang bertuah ini,” jelasnya.
Sebanyak 51 bidang disenaraikan oleh QS WUR by subject 2022 dan indikator utama di dalam penilaian ini adalah reputasi akademik, reputasi majikan, sitasi penyelidikan dan H-index.
Prestasi UPSI di dalam penarafan QS WUR by subject (Education) 2022 adalah sejajar dengan Pelan Strategik UPSI 2021 – 2025 yang mengambil kira kebitaraan akademik, kecemerlangan penyelidikan dan inovasi dan keunggulan graduan.
“UPSI menawarkan pengajian pendidikan pelbagai bidang daripada tahap ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah. Pencapaian UPSI di dalam penarafan ini telah membuktikan UPSI sebagai universiti pendidikan nombor satu di Malaysia,” jelasnya lanjut – Suara Merdeka