oleh: Nadhirah Borhan (LINTAQ DIGITAL)
Dalam menerapkan ilmu yang baharu kepada murid bagi membolehkan mereka menjadi seseorang yang berdaya saing di peringkat antarabangsa, Kumpulan Penggerak Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diminta berperanan sebagai peneraju perubahan yang kreatif, inovatif, mesra teknologi serta mampu mencetus idea agar dapat membantu pelajar di masa hadapan.
Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata masyarakat perlu sedar akan pentingnya mengenang jasa dan bakti seseorang guru. PIBKS bertanggungjawab dalam memberi kesedaran ini.
Sementara itu, Pengerusi PIBKS Negeri Perak, Ramli Abd Rashid berkata, guru perlu bersatu dan bekerja kuat merealisasikan misi pendidikan negara menerusi pelaksanaan Pelan Pembangunan Malaysia 2013 -2025 walaupun dalam keadaan norma baharu Pengajaran dan Pembelajaran(PdPr) akibat pandemik COVID-19.
Justeru, guru sebagai insan mulia wajar diraikan dan dihargai kerana memberi pendidikan terbaik kepada anak didik.
Katanya, program “Gerakan Massa #terimakasihcikgu” mencerminkan apresiasi terhadap mereka yang bekerja kuat di institusi perguruan, sekolah serta pejabat pendidikan daerah, negeri dan kebangsaan yang teguh berdiri bersama Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) dalam menghasilkan modal insan terbaik negara.
“Misi PIBKS adalah untuk mewujudkan sekolah berkualiti berdasarkan anjakan sembilan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 iaitu bekerjasama dengan ibu bapa komuniti dan sektor swasta,” katanya.
Ramli turut merayu kepada rakan-rakan di institusi pendidikan swasta, ibu bapa, komuniti serta sektor-sektor swasta agar terus bersama-sama berbakti menghormati guru dan sekolah agar agenda pendidikan negara terus cemerlang.
Sebelum berbuka puasa, hadiri dihiburkan kumpulan Kesakti dari UPSI dan oleh kumpulan IsOne Voice yang ahlinya guru Sekolah Kebangsaan Tanjung Malim (SKTM).
Baca lagi: Suara Merdeka, Guan Ming