TANJONG MALIM, 16 Jun – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) secara rasminya dipilih sebagai universiti perintis bagi pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang kini beralih kepada model berasaskan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT). Program rintis ini melibatkan 1,005 pelajar baharu Diploma dan akan menjadi penanda aras sebelum diperluaskan ke 19 buah Universiti Awam lain pada tahun 2027.
Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd Kadir, menyatakan bahawa transformasi ini bertujuan melahirkan ‘Wira Muda’ yang memiliki jati diri teguh dan semangat patriotisme tinggi melalui integrasi latihan dalam kurikulum akademik. Dengan sokongan dana sebanyak RM5 juta daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), pelatih akan mengikuti tiga komponen utama iaitu Modul Ketenteraan (40%), Modul Kepimpinan (30%), dan Modul Kenegaraan (30%).
Kejayaan program ini turut disokong oleh pembangunan fasiliti di UPSI, bagi tujuan kelancaran program ini. Usaha ini diharapkan dapat membentuk generasi masa depan yang berdisiplin serta mampu menjadi ejen perpaduan negara
