oleh: Muhammad Shahrul Mizan Mohamed Nizam (Unit Hal Ehwal Pelajar & Alumni dan Penerbitan, IPS UPSI)

MUALLIM 4 Jun 2022 – Seramai 7 pelajar dari Persatuan Pelajar Indonesia (PPI) UPSI telah
berkunjung ke Institut Pengajian Siswazah (IPS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada
tarikh 3 Jun lepas.
Program ini bermatlamat menyemaikan hubungan silaturrahim antara pelajar Persatuan Pelajar
Indonesia (PPI) UPSI terhadap Pengurusan Institut Pengajian Siswazah (IPS) UPSI seterusnya
berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diminati.
Perjumpaan ini dimulakan dengan sesi pengenalan diri antara pihak Persatuan Pelajar Indonesia (PPI)
UPSI dan pihak pengurusan Institut Pengajian Siswazah (IPS) UPSI.


Menurut Imami Muhammad Khairul Wajedi, wakil Persatuan Pelajar Indonesia (PPI) UPSI, beliau
bersama dengan rakan-rakan persatuan berasa amat berbesar hati kerana berpeluang untuk bertemu
dengan pihak pengurusan tertinggi Institut Pengajian Siswazah (IPS) UPSI seperti Dekan IPS, TD
Akademik, TD HEPA serta barisan pegawai IPS.
Program ini turut membincangkan program-program yang bakal dijalankan oleh pihak Persatuan
Pelajar Indonesia (PPI) UPSI secara bersama dengan pihak pengurusan Institut Pengajian Siswazah
(IPS) UPSI.
Perjumpaan ini ditutup dengan sesi bergambar dan IPS building tour yang dikendalikan oleh wakil
Unit Hal Ehwal Pelajar & Alumni dan Penerbitan (UHEPA), Institut Pengajian Siswazah (IPS) UPSI.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my