oleh: Muhammad Amirul Syafiq Ghazali (Pelajar Latihan Industri BKK)

UPSI, 8 Jun – Bahagian Komunikasi Korporat (BKK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini telah menjalankan program Qalbu@BKK atau ‘Rabu untuk Qalbu’ yang diadakan bagi mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim sesama warga BKK.

Program ‘Rabu untuk Qalbu’ yang diadakan hari ini dianjurkan oleh unit fotografi yang diketuai oleh Encik Fisol bin Ahmad selaku ketua unit fotografi Bahagian Komunikasi Korporat UPSI.

Program ini bermula dengan membuat aktiviti regangan di bilik Anjung Tamu di Bangunan Canselori. Tujuan aktiviti regangan ini dilakukan adalah bagi mengelakkan sebarang kecederaan otot ketika mahu melakukan ‘Brisk Walk’ ke lokasi pilihan minggu ini iaitu Teratak Ayah yang bertempat di persimpangan hadapan Taman Universiti. Seramai 12 orang kakitangan terdiri daripada semua unit BKK dan seorang pelajar praktikal telah menyertai program Qalbu pada hari ini.

Sepanjang ‘Brisk Walk’ dilaksanakan, para peserta kelihatan bergembira dapat menghirup udara yang segar pada waktu pagi dek kerana laluan ke Teratak Ayah ini dikelilingi tumbuhan-tumbuhan yang menghijau. Kami juga dihiburkan dengan nyanyian kicauan burung-burung membuat hati tambah girang.

Penat lelah dengan berjalan kaki lebih kurang tiga kilometer melalui jalan hutan dan dusun durian seakan tidak dirasai kerana kami cukup seronok melakukan aktiviti sihat ini.

Setibanya di sana, para peserta disajikan dengan juadah nasi lemak daun pisang beserta kek pisang serta air sirap buat mengisi perut terlebih dahulu. Setelah semuanya kenyang, aktiviti diteruskan dengan pertandingan fotografi telefon pintar dan juga pertandingan teka silang kata. Pertandingan teka silang kata menjadi begitu riuh-rendah apabila kami semua perlu menggunakan kecerdasan minda masing-masing bagi menyelesaikan teka silang kata tersebut.

Program diteruskan lagi dengan aktiviti penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan fotografi dan teka silang kata. Diakhir program ini, beberapa kakitangan telah mandi-manda di sungai yang berdekatan seterusnya mencipta memori terindah bagi Program ‘Rabu untuk Qalbu’.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)