oleh: Muhammad Amirul Syafiq Ghazali (Pelajar Latihan Industri BKK)
Tanjong Malim – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan pra-pelancaran Formula Motorsport Education Competition (Formula MEC) adalah kejohanan kereta formula yang julung kali dianjurkan sempena sambutan 100 tahun UPSI. Program ini bertujuan bagi mengetengahkan bakat-bakat pelajar seluruh Malaysia dalam bidang inovasi dan teknologi berkaitan kereta Formula.
Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Dato Dr. Md Amin Md Taff berkata “ini adalah satu inovasi yang berharga sesuai dengan FTV yang menyediakan latihan dalam bidang teknikal dan automotif. Kejayaan Jabatan Teknologi Kejuruteraan mencipta sebuah kereta lumba bagi kejohanan ini juga amat membanggakan pihak pengurusan Universiti”.
“Seperti yang kita sedia maklum, YAB Perdana Menteri telah memberikan amanah kepada UPSI untuk membangunkan Pusat Automotif di Tanjong Malim. Usaha melaksanakan kejohanan ini sangat bertepatan dengan hasrat tersebut dan saya berharap pihak Fakulti Teknikal Vokasional (FTV) bersama Jabatan Pengurusan Pembangunan dan Harta Benda (JPPHB) dapat memastikan pelaksanaan perkara tersebut dapat dibuat dengan jayanya.”
“Saya juga berharap pertandingan dapat diteruskan pada setiap tahun dengan objektif melahirkan pelbagai inovasi pendidikan dalam bidang kejuruteraan dan rekabentuk seterusnya menarik minat para belia untuk menceburi bidang ini yang akhirnya akan menyumbang kepada melahirkan pakar dan tenaga kerja mahir kepada Negara”. Jelasnya ketika berucap semasa majlis pra-pelancaran Formula Motorsport Education Competition di Bangunan Canselori kampus Sultan Abdul Jalil disini hari ini”.
Turut hadir Dekan Fakulti Teknikal dan Vokasional Dr. Mohd Azlan bin Mohammad Husain berkata “Kejohanan kereta formula yang julung kali dianjurkan sempena sambutan 100 tahun UPSI ini diadakan untuk menjadikan Formula MEC sebagai acara tahunan universti”. Formula MEC adalah kejohanan yang memerlukan peserta untuk membina kereta Formula yang mempunyai spesifikasi dan dimensi yang menghampiri kepada Formula 4 atau Formula 1. Enjin motosikal digunakan untuk kejohanan ini dan kuasa enjin yang digunakan adalah 135cc 4 lejang. Pemarkahan kejohanan ini terbahagi kepada empat kategori iaitu 1) Rekabentuk 2) Analisis dan inovasi 3) Video Persembahan 4) Ujian Masa.
Markah tersebut akan diadili oleh juri yang dilantik dan kedudukan pasukan akan diletakkan pada markah yang diberikan. Kemahiran dan pengetahuan peserta akan dinilai melalui proses pembentangan teori, dan ujian dilitar. Setiap pasukan akan berentap di Litar Lumba Rakyat Kuala Selangor untuk membukti kereta mana yang layak digelar untuk juara pada edisi kali ini.
Di antara institusi yang akan menyertai kejohanan ini adalah Politeknik Muadzam Shah, Politeknik Seberang Perai, Kolej komuniti jempol,Politeknik Sultan Hj Ahmad Shah Kuantan, Politeknik Sultan Azlan Shah, ILPKL, Automotive technology center,ATeC PSMZA, Politeknik Port Dickson POLIPD, GIATMARA, Kolej Vokasional Sepang, ILP Perai, kolej komuniti bandar baharu kedah, IKTBN Dusun Tua, Kolej Komuniti Bukit Beruang MELAKA, ILP Jitra, Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Jitra dan Kolej komuniti sungai petani. Kejohanan akan berlansung pada 3 Julai bertempat di Litar Lumba Rakyat Kuala Selangor bermula pukul 8.30 pagi sehingga 5.00 Petang.
Pengarang: Semoga Team UPSI cemerlang di FMEC nanti!