oleh: Muhammad Zafir Mohd Saman

Sabah – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Pusat Alumni telah jelajah ke negeri bawah bayu, Sabah bagi menjalankan program Tautan Kasih Anak Kandung Suluh Budiman sekaligus menjejak Alumni yang telah sekian lama tidak bersua. Tautan Kasih Sabah Anak Kandung Suluh Budiman ini merupakan julung kali diadakan setelah sekian lama kita menghadapi wabak penyakit Covid-19 yang melanda negara kita.

Program ini merupakan inisiatif Pusat Alumni bagi bertujuan memelihara hubungan silaturahim, bertanyakan khabar diantara alumni-alumni dari pelbagai era yang terdiri daripada era SITC, MPSI, IPSI,
UPSI yang banyak mengharumkan nama universiti dalam pelbagai pencapaian yang terdiri daripada pelbagai peringkat.

Dengan adanya alumni-alumni sekarang nama universiti ini telah berjaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama universiti yang ada sekaligus mempromosikan universiti ini kepada bakal anak-anak muda yang ingin menjadi Anak Kandung Suluh Budiman.

Program ini disambut baik oleh 90 orang alumni yang hadir. Program ini juga berkonsepkan santai dan tidak formal di mana program ini telah dilaksanakan di Restoran Santai Haji Manja, Likas dan juga Restoran Sandokan Seafood, Sandakan yang berlangsung dari 23 dan 24 Julai 2022.

Kehadiran alumni yang ada telah disahkan melalui butiran yang telah diberikan melalui google form yang terdapat di facebook Pusat Alumni UPSI dan juga kumpulan di aplikasi Whatapps dan Telegram. Oleh itu, jika ada alumni yang masih lagi belum mengikuti facebook Pusat Alumni, mereka boleh mengikuti perkembangan Pusat Alumni di Facebook “Pusat Alumni UPSI”.

“Saya merasakan begitu sebak pada hari ini, saya dapat berkumpul bersama-sama rakan-rakan seperjuangan saya yang lama tidak berjumpa. Hampir sepuluh tahun tidak berjumpa akhirnya dengan adanya program ini saya dapat berjumpa bersama rakan-rakan seperjuangan saya pada hari ini,” ujar Hj Zain salah seorang perserta program. Menerusi tautan ini, alumni yang hadir dapat menzahirkan rasa rindu terhadap Ibu Kandung Suluh Budiman dan berhasrat untuk melawat univeristi yang amat dirindui mereka.

“Ibu Kandung Suluh Budiman lah tempat mereka menimba ilmu sehingga mendapat segulung ijazah. Bak kata pepatah Melayu ‘Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain,”ulasnya. Menurut Pengarah Pusat Alumni, Dr Siti Hartini Azmi , program tautan ini merupakan program di mana alumni Ibu Kandung Suluh Budiman dapat menghilangkan rasa rindu akan Ibu Kandung Suluh Budiman.

Selain itu, beliau berhasrat untuk meluaskan lagi sayap tautan kasih ini bersama-sama alumni yang ada di peringkat antarabangsa. “Tahniah diucapkan kepada Pusat Alumni UPSI kerana berjaya mengumpulkan alumni dari Sabah, Sabah antara negeri yang paling ramai warganya menyambung pelajaran di UPSI. Semoga program sebegini memberikan seribu satu manfaat buat kita semua” ujar Prof.Madya Dr. Norkhalid Salimin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI.

Turut bersama dalam program ini ialah, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, Wakil dari WEZAS UPSI, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Fakulti FMSP dan FPM serta Penyelaras Alumni fakulti FSM da wakil Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni fakulti FSSKj.

Nota Pengarang: Tahniah kepada EDGE UPSI, bakal menjadi hos penutup University To Comunity (UTC) yang akan berlangsung pada 28 Julai ini di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah. Khabarnya sebanyak 21 buah syarikat keusahawanan sosial berjaya ditubuhkan sejak program ini dilaksana 2020. Lebih wow lagi program ini menjana pendapatan hampir 900 ribu ringgit! Hebat bukan mahasiswa kita?

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)