oleh: Muhammad Shahrul Mizan Mohamed Nizam (IPS)

MUALLIM 5 Oktober 2022 – Bagi mengalu-alukan kemasukan pelajar-pelajar baharu program pengajian siswazah, Institut Pengajian Siswazah (IPS) UPSI menganjurkan Hari Kemasukan dan Program Induksi Pelajar Baharu Program Pengajian Siswazah Semester 1 Sesi 2022/2023 yang berlangsung selama dua hari bermula hari Isnin (3/10/2022) sehingga hari Selasa (4/10/2022). Program induksi ini menyaksikan kehadiran seramai 233 orang pelajar pascasiswazah baharu dari pelbagai jenis program pengajian seperti ijazah sarjana, ijazah sarjana klinikal, Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D), dan Ijazah Doktor Pendidikan (Ed.D).

Turut mengalu-alukan para pelajar ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UPSI, YBhg. Prof. Dr. Marzita binti Puteh serta Dekan Institut Pengajian Siswazah (IPS), YBhg. Prof. Dr. Raja Nor Safinas Raja Harun, timbalan-timbalan dekan IPS serta pegawai-pegawai dan kakitangan IPS.

Pada majlis berkenaan, para pelajar mendengar taklimat rigkas mengenai topik-topik yang berkaitan dengan pengenalan Institut Pengajian Siswazah (IPS) UPSI, kebajikan pelajar, strategi bergraduat dalam tempoh (GOT), pengenalan Perpustakaan Tuanku Bainun (PTB) UPSI dan beberapa perkara lainnya. Para pelajar pascasiswazah baharu dipimpin oleh lima mahasiswa berikut membaca ikrar dalam menegakkan visi “menjadi universiti yang bitara, cemerlang dalam kepimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui perubahan global.

Para pelajar turut dibawa melawat Perpustakaan Tuanku Bainun yang terletak di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS), Universiti Pendidikan Sultan Idris. Dijangka semua pelajar program pengajian siswazah sedia ada akan kembali ke UPSI untuk meneruskan pengajian bermula hari Isnin (17 Oktober 2022).

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)