oleh: Profesor Madya Dr. Ashardi Abas Pusat Latihan Mengajar dan Industri UPSI (PuLaMI)
Seramai 9 orang pensyarah daripada beberapa fakulti di bawah PULaMI telah mengadakan lawatan kerja bagi menjalin kerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah bagi tujuan menjalankan kerjasama dalam membangun kelangsungan kemanusiaan kanak-kanak di beberapa lokasi Pusat Pembangunan Kemanusiaan Kanak-kanak (PPKK) di bawah Program Khidmat Masyarakat kedua-dua pihak
Usahasama ini diharapkan akan berlansung selama 3 tahun dengan pelbagai aktiviti di 11 PPKK secara berterusan di seluruh negeri Sabah.
Pengarah PuLaMI PM Dr Ashardi bin Arsad bersama-sama 8 orang pensyarah di UPSI telah melaksana sesi perjumpaan dan perbincangan dalam meningkatkan usahasama UPSI sebagai institusi peneraju pendidikan global.

Menurut Pengarah PuLaMI PM Dr Ashardi bin Abas, menjelaskan peluang untuk melakukan kerjasama ini merupakan salah satu inisiatif UPSI untuk membawa makna pendidikan yang didokong oleh UPSI bukan sahaja dalam konteks pendidikan formal dalam negara malah di peringkat antarabangsa dan berharap ianya dapat diteruskan di masa akan datang dalam memperhebatkan nama UPSI dan Malaysia di persada dunia. Sementara itu Timbalan Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Negeri Sabah, Encik Norali @ Ag Norali Bin Ag Damit yang hadir ketika majlis menandatangani LoI menyatakan betapa bermaknanya persetujuan antara kedua-dua buah institusi yang akan membawa kepada pencapaian hasrat dan matlamat ke arah pembangunan Negara Malaysia yang selamat, dan berdaulat.

Persetujuan LoI dengan MKN Negeri Sabah yang dilaksanakan akan memacu UPSI ke arah pendidikan global. Kerjasama ini bukan sahaja dalam aspek pendidikan kesukarelawanan malah turut kepada pembangunan usaha meningkatkan kefahaman mengenai keharmonian, kedamaian dan keselamatan individu, komuniti dan negara. Jurucakap MKN Negeri Sabah, Puan Noorlaila binti Kasmin dari Seksyen Perancangan Strategik, sebagai ketua dai MKN mengharapkan usaha yang dilakukan akan memberi impak kepada kedua-dua pihak.
Kerjasama akan berlangsung selama 3 tahun dalam projek-projek secara berterusan.