oleh: Nor Hayati Aziz

TANJONG MALIM, 9 JANUARI 2023 – Pusat Ulul Albab UPSI dengan kerjasama Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA) telah menerima kunjungan seramai 103 orang guru-guru daripada Sekolah Phatna Wittaya Yala, Thailand  dalam satu program Eksplorasi Rentas Akademik dan Budaya: Explore The Beauty of Malaysia yang diadakan di Dewan Konvensyen e-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Tanjong Malim.

Program yang berlangsung dari 8 hingga 12 Januari 2023 ini antara lainnya untuk mempromosikan konsep Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik serta modul Ulul Albab kepada para guru dan tenaga pengajar di Sekolah Phatna Wittaya Yala.

Selain itu para peserta juga berkongsi ilmu dalam meningkatkan lagi kemahiran pengajaran dan pembelajaran serta dapat mewujudkan komunikasi berkesan antara kedua- dua  institusi.

Delegasi dari Thailand ini diketuai Rosdee Maengkaji, Pengarah Phatna Wittaya Yala School, Thailand.

Menurut Dr. Sakinah, melalui program seperti ini dapat meningkatkan kualiti diri warga pendidik dalam bidang perguruan sekaligus membantu dalam menyelesaikan masalah di institusi pendidikan dengan kritis.

Kejayaan program ‘Eksplorasi Rentas Akademik dan Budaya: Explore The Beauty Of Malaysia’ sejajar dengan matlamat Pusat Ulul Albab untuk menjadi pusat rujukan Ulul Albab serantau.

Matlamat program ini adalah jelas untuk mengetengahkan konsep Ulul Albab sebagai satu solusi kepada pembentukan generasi bertaqwa yang mampu menjadi pemimpin dan memimpin generasi pada masa hadapan. 

Program ‘Eksplorasi Rentas Akademik dan Budaya: Explore The Beauty Of Malaysia ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Norkhalid Salimin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEPA) dan dalam ucapan perasmiannya beliau menegaskan program ini sebagai salah satu program yang amat baik dalam memantapkan lagi kualiti pendidik dan bakal pendidik pada masa hadapan.

Dengan menampilkan panel-panel yang arif dalam bidang pedagogi perguruan, saya yakin ianya akan memberikan satu nilai tambah kepada warga pendidik bagi menimba seberapa banyak ilmu untuk dijadikan bekal bagi meningkatkan lagi kemahiran yang sedia ada ujarnya.

Program selama lima hari ini akan mendedahkan para guru dari Sekolah Phatna Wittaya Yala kepada Teknik pengajaran yang menggunakan modul Quranik, Ensiklopedik &  Ijtihadik melalui ceramah dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang akan dibimbing oleh Talent Pool Pusat Ulul Albab.

Peserta juga berkesempatan mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak dengan kakitangan UPSI dalam mengeratkan ukhwah antara dua negara.

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)