Oleh: Nursyafiqah Abdul Halim (Pelajar Latihan Industri BKK UPSI)

Tanjong Malim – Seramai 3000 warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyertai Fiesta Gaya Hidup Sihat yang diadakan di Dataran Kawad Kampus Sultan Azlan Shah pada pagi ini.

Menurut Naib Canselor UPSI, Prosfesor Datuk Dr Md Amin Md Taff, Fiesta Gaya Hidup sihat ini dianjurkan oleh Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK) merupakan program perhimpunan bulanan pusat pengajian tersebut membuka tirai bagi tahun 2023.

“Tahun 2022 merupakan tahun cemerlang bagi UPSI kerana sepanjang tahun tersebut UPSI menjayakan sebanyak 100 program yang membabitkan kluster dalam penganjuran program sejarah, teknologi pendidikan, kebudayaan, kerohanian, kepimpinan, penerbitan, penyelidikan dan inovasi, rekreasi, keusahawanan, pengantarabangsaan, komuniti, serta alumni yang dijayakan semua peringkat pusat tanggungjawab.

Menurut Md Amin lagi, apa yang lebih manis   UPSI juga telah menganjurkan Majlis Makan Malam Kemuncak Sambutan 100 Tahun empat era iaitu Sultan Idris Training College (SITC)-Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)- Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI)- Universiti Pendidikan Idris (UPSI) pada 1 Disember 2022 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City”.

 “Menerusi Fiesta Gaya Hidup Sihat, semua warga UPSI dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama mereka bagi melahirkan warga UPSI yang sayang dan cinta UPSI” jelasnya lagi pada ucapan perasmian dan pelancaran Program Malaysia Juara.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini seperti aktiviti senamrobik, aktiviti larian dan berjalan ‘brisk walk’ di sekitar kampus iatu Fun Run Malaysia Juara, Fun Walk Malaysia Juara pertandingan sepak bola penalti ‘Siapa Messi?, “Shoot to the Moon”, pertandingan uji tenaga ‘ Badang Challenge’, persembahan taekwondo, acara Muay Thai dan banyak lagi.

Menariknya, hadirin turut teruja dengan gimik persembahan tarian ‘HAKA’ yang dipersembahkan oleh ahli “Fast Response Team” (FRT) dan pemain ragbi dari FSSK serta perarakan lintas hormat yang terdiri daripada pelajar Diploma semester satu, dua dan juga beberapa atlet Sarjana Muda FSSK memeriahkan program.

Seramai 2000 warga UPSI yang hadir memeriahkan acara Fun Walk sepanjang 2 kilometer manakala 700 peserta menyertai acara Fun Run sepanjang 5 kilometer.

 Semasa acara Fun Walk dijalankan, sekumpulan FRT membuat persembahan “free fall” bersempena acara perasmian yang akan dilakukan oleh Profesor Datuk Md Amin Md Taff.

Dalam program sama, Md Amin turut merasmikan Bilik Sekretariat Malaysia Juara berpusat di , Blok 6, Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan yang akan menjadi bilik operasi para atlet FSSK.

Menurut Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa, Dr. Nur Haziyanti Mohamad Khalid berkata ruang tersebut bakal dimanfaatkan dengan menjadi kemudahan perbincangan antara jurulatih dengan atlet fakulti untuk mengoptimumkan pencapaian pasukan

By Mohd Nazirul Afiq Ismail

Unit Media, Bahagian Komunikasi Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pengarang e-Pena, mantan wartawan berita & rencana Mega Sains Utusan Melayu Malaysia Berhad, wartawan majalah Mastika, URTV, Infiniti. Ghost writer, suka travel dan suka taugeh. Jom menulis untuk e-Pena emelkan ke nazirul.ismail@upsi.edu.my

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)