Oleh: Nor Hayati Aziz
TANJONG MALIM, PERAK – Pencarian IKON ULUL ALBAB merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Ulul Albab bagi melahirkan tokoh Ulul Albab dalam kalangan pelajar yang bercirikan pemimpin profesional, kemahiran berfikir, kemahiran bahasa, kemahiran dalam kepimpinan, etika dan rohani serta meningkatkan tahap integrasi dan perpaduan nasional,
Peserta-peserta harus melepasi 3 peringakt sebelum melayakkan diri ke peringkat akhir dan daripada 30 orang peserta hanya 10 orang sahaja akan terpilih ke pentas akhir Pencarian IKON ULUL ALBAB 4.0.
Program ini telah dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pengarah, UPSI Datuk Seri Ahmad Burak.
Menurut Ahmad, keterlibatan pelajar dalam sesuatu program turut diukur dengan tahap impak pelaksanaan program dan pemilihan anugerah IKON ini telah dilaksanakan dengan teliti menggunakan penanda aras yang tinggi di mana mereka perlulah memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.5 dan perlu mempunyai keperibadian dan sahsiah diri yang tinggi serta pengetahuan dalam elemen-elemen Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik.
Johan bagi Misi Pencarian Ikon Ulul Albab 4.0 disandang oleh saudari Nuur Rifhan Mohd Khalid, Naib johan disandang oleh saudara Izzat Rafiq Burhanudin, tempat ketiga disandang oleh saudari Maizatul Akma Khairul Anuar dan tempat keempat disandang oleh saudari Siti Zulaiha Hanapiah.
Pengarah program, saudara Muhammad Faizul Nazrul Hamzah menyifatkan Pencarian IKON ULUL ALBAB 4.0 memberi peluang kepada mahasiswa untuk merebut peluang, menggunakan tempoh masa berasa di universiti sebaik mungkin untuk melakukan yang terbaik dan terus mempelbagaikan platform dalam memberi sumbangan secara proaktif kepada masyarakat.