UPSI- Timbalan Naib Canselor (HEPA), YBrs. Prof. Dr. Norkhalid Salimin menyampaikan sumbangan kepada 50 orang pelajar dalam Majlis Penyampaian Sumbangan tajaan Yayasan Peramah dengan kerjasama Pusat Ulul Albab pada Jun yang lalu. Pada majlis tersebut, setiap pelajar menerima sumbangan berbentuk hamper makanan kering dan wang tunai.

TNC (HEPA) menyampaikan sumbangan kepada pelajar asnaf

Beliau berharap dengan sumbangan ini dapat meringankan bebanan pelajar UPSI dan dapat memberi manfaat kepada pelajar yang memerlukan dan lain-lain Pusat Tanggungjawab (PTJ) turut dialu-alukan agar mencari sumbangan untuk diagihkan kepada pelajar UPSI.

Menurut pengarah Pusat Ulul Albab, Dr. Sakinah Salleh inilah bukti usaha pihak UPSI yang sentiasa prihatin untuk membantu dan menyokong pelajar dalam meneruskan pengajian sepanjang berada di universiti.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)