UPSI, Tanjong Malim– Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memulakan langkah pertama menganjurkan ‘Coffee Talk’@Jabatan Pendaftar UPSI bersama Pentadbir FSSK di Lounge Pelajar pada Rabu lalu. Turut hadir pada sesi ‘Coffee Talk’ ini adalah Pegawai dari Jabatan Pendaftar, Pentadbir Fakulti dan Penolong Pendaftar fakulti.
Majlis pertemuan tersebut adalah hasrat Naib Canselor UPSI untuk Pendaftar turun ke setiap PTj seperti fakulti bagi menerangkan peraturan dan tadbir urus yang berkesan yang perlu dilaksanakan serta mendapatkan maklumat permasalahan dan isu yang dibangkitkan di setiap fakulti.
Intipati yang ditekankan oleh Pendaftar dalam sesi coffee talk tersebut adalah jiwa, pelaksanaan elemen BITARA serta nilai harmoni dalam diri seperti niat baik, sangka baik, sebut yang baik-baik dan buat sehabis baik. Turut diadakan sesi perbincangan dua hala dan isu yang dibangkitkan adalah tentang pengurusan ‘exit polisi’ kakitangan yang bermasalah, pertukaran kakitangan, kenaikan pangkat, pelaksanaan retreat, pengurusan kewangan dan peranan Ketua Jabatan dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran di fakulti.
Menurut Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman, “Coffee talk ini amat penting bagi menerangkan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan serta peraturan dan proses kerja yang perlu diterapkan di fakulti. Ketua jabatan seperti dekan perlu mengikut tatacara dan peraturan dalam menguruskan kakitangan yang bermasalah.”
Dekan FSSK Dr. Jaffry Zakaria menerangkan bahawa dengan diadakan majlis coffee talk ini dapat mengetahui pelaksanaan peraturan yang perlu dijalankan dan peranan ketua jabatan dalam tadbir urus yang berkesan di fakulti. Beliau menambah “dengan diadakan sesi pertemuan ini dapat menerangkan dengan lebih jelas terutama disiplin kerja yang positif adalah memberi peluang, membantu dan memahami khususnya kepada pekerja yang bermasalah mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.”
Coffee talk bersama Jabatan Pendaftar akan dilaksanakan di setiap fakulti secara penggiliran pada Rabu Qalbu setiap bulan.