Oleh: Saleha Sabran
KUALA LUMPUR, 20 APRIL 2024 – Bagi memastikan sistem penilaian bagi pemilihan calon Anugerah Kecemerlangan kekal relevan dalam melahirkan mahasiswa cemerlang secara holistik, satu Bengkel Semakan Garis Panduan Anugerah Kecemerlangan dan Menaik Taraf Sistem E-Awards telah diadakan pada 19 hingga 21 April bertempat di Ibis Hotel, Kuala Lumpur.
Bengkel anjuran Unit Pengijazahan BHEA ini menjemput 22 orang peserta terdiri daripada Pengarah (Akademik dan Antarabangsa), Dekan-dekan Fakulti, Pasukan Pembangunan sistem CHAMPS BHEP, pasukan Unit IT dan Rekod BHEA (pembangun sistem e-awards) selain Ketua Timbalan Pendaftar dan Timbalan Pendaftar BHEA, staf Unit Pengijazahan dan Ketua Unit Pengijazahan BHEA selaku sekretariat.
Menurut Pengarah Akademik dan Antarabangsa UPSI, Profesor Madya Dr. Ridzwan Che Rus dalam ucapan pembukaan, bengkel ini mensasarkan semakan Garis Panduan Anugerah Kecemerlangan, menilai semula rubriks penilaian penerima anugerah dan melaraskan sistem e-awards iaitu sistem pemilihan bagi calon penerima anugerah kecemerlangan di UPSI dengan sistem yang disediakan oleh BHEP sekaligus bagi memastikan pemilihan pelajar untuk menerima anugerah lebih telus dan tepat.