Oleh: Fajrul Solehien

Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memalui Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK) telah menerima lawatan daripada delegasi Uzbek State University of Physical Culture and Sport (O’zDJTSU) dari Republik Uzbekistan pada 22 hingga 25 April 2024.

Seramai empat orang delegasi O’zDJTSU telah hadir pada sesi lawatan ini yang diketuai oleh Timbalan Rektor (Perhubungan Antarabangsa), Prof. Dr. Zarifbaev Djasur; Pengarah Bahagian Pengurusan dan Pengajuran Sukan, Prof. Dr. Ziyadullaev Komil; Pengarah Bahagian Sukan Air, Prof. Dr. Matnazarov Khayrulla; dan Pengarah Bahagian Kerjasama Antarabangsa, Dr. Yoldoshev Mukhriddin.

Lawatan tiga hari ini bermula dengan sesi penerangan tentang program pengajian di FSSK yang disampaikan oleh Timbalan Dekan (Akademik Dan Antarabangsa) FSSK, Nur Haziyanti Mohamad Khalid.

Dekan FSSK, Dr Jaffry Zakaria menyatakan “lawatan ini dapat mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua dua buah universiti termasuk program inbound dan outbound yang akan dilaksanakan nanti”

Satu perjanjian Letter of Intent (LoI) telah dilaksanakan antara FSSK dan O’zDJTSU dengan yang fokus kepada pengurusan sukan dan jalinan kerjasama peringkat antarabangsa dalam bidang akademik dan penyelidikan yang turut disaksikan oleh Naib Canselor UPSI, Prof Dato’ Dr Md Amin Md Taff.
Delegasi tersebut turut dibawa mengadakan lawatan ke makmal, fasiliti dan bilik Sekretariat Malaysia Juara bagi meninjau kemudahan dan peralatan yang disediakan khusus kepada pelajar fakulti.

Hari kedua lawatan delegasi daripada Republik Uzbekistan tersebut diteruskan dengan Majlis Perletakan Batu Asas Institut Pendidikan Tahfiz & Turath Islami (IPPTTI) dan UPSI Residential & Community Centre (URCC) serta Sambutan Hari Raya UPSI 2024 dengan mengenakan pakaian tradisional baju melayu.  

Delegasi ini turut mengadakan lawatan di Muzium Pendidikan Nasional, Perpustakaan Tuanku Bainun, Kompleks Sukan termasuk Tasik Marina dan UPSI Adventure Park (UAP).

Acara kemucak ialah Majlis Makan Malam Bersama Pengurusan Universiti di Scholar Suite, UPSI yang dihadiri oleh Naib Canselor UPSI, Prof Dato’ Dr Md Amin Md Taff, Ahli Jawatankuasa Universiti UPSI, wakil FSSK dan wakil Fakutlti Komputeran dan Meta-Teknologi (META).

Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff menyatakan dalam ucapan beliau “”Usaha ini bertujuan mengetengahkan semangat kesatuan dan kerjasama di antara pihak-pihak terlibat dalam menggerakkan agenda kerjasama antarabangsa, menjadikan peristiwa ini sebagai tonggak penting dalam memperluaskan jaringan kerjasama universiti serta pembangunan komuniti akademik yang dinamik di UPSI.”

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)