Oleh: Fajrul Solehien
Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melaksanakan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen UPSI ke Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) Fasa 1 2024 yang akan berlangsung di Universiti Malaysia Sabah UMS pada 22 sehingga 28 April.
Bendera Kontinjen UPSI diserahkan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Profesor Dr. Norkhalid Salimin, kepada Ketua Kontinjen UPSI, Prof Madya Dr Izwan Shahril adalah satu langkah penting dalam bagi membakar semangat atlet kontinjen.
“Kami berada di sini untuk mendoakan para atlet UPSI yang akan mewakili universiti dalam Karnival Sukan MASUM berjaya membawa pulang pingat bagi memartabatkan UPSI di hadapan universiti-universiti lain.
Saya yakin dengan kualiti dan kebolehan atlet kita untuk memberikan saingan yang sengit yang usaha yang terbaik dalam setiap acara yang mereka sertai” kata beliau di dalam ucapannya.
UPSI telah menghantar 59 atlet yang akan menandingi lima jenis sukan yang dipertandingkan di MASUM Fasa 1 iaitu Bola Tampar Pantai, Memanah, Petanque, Silat dan Taekwondo.
UPSI menyasarkan kedudukan ketiga daripada 20 Universiti Awam dengan sasaran 16 pingat emas terdiri daripada lima dari Pasukan Silat, lima dari Pasukan Taekwondo, tiga emas dari Pasukan Memanah, dua emas dari Pasukan Petanque dan satu emas daripada Pasukan Bola Tampar Pantai.
Profesor Dr. Norkhalid bin Salimin menambah, “Kejayaan bukanlah hanya tentang memenangi pingat, tetapi juga tentang semangat kejuangan dan pengalaman yang diperoleh dalam proses mencapai matlamat.
Kami berharap para atlet dapat memperoleh pengalaman yang bermakna dalam Karnival Sukan MASUM ini dan selamat berjuang Anak Kandung Suluh Budiman, Impossible is nothng.”
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI, Profesor Dr. Abdul Rahim bin Razalli dan Pendaftar UPSI, Encik Helmi Zaifura bin Abdul Rahman.