Tanjong Malim, 19 April 2024 – Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Profesor Dr. Norkhalid Salimin mewakili Naib Canselor UPSI Profesor Dato’ Dr. Md Amin Md Taff bersama dengan para atlet Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen UPSI ke Karnival Sukan MASUM Fasa 1 2024 di Bilik Seminar Fakulti Pembangunan Manusia (FPM).

Turut hadir bersama, Ketua Kontinjen UPSI (MASUM Fasa 1) Profesor Madya Dr. Mohd Izwan Shahril dan barisan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) dalam majlis tersebut.

Kejohanan Karnival Sukan MASUM Fasa 1 2024 yang akan berlangsung pada 22 hingga 28 April di Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyaksikan seramai 59 kontinjen UPSI yang akan bertanding. UPSI telah menghantar lima jenis sukan yang dipertandingkan di MASUM Fasa 1 berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS) iaitu Bola Tampar Pantai, Memanah, Petanque, Silat dan Taekwondo.

Profesor Dr. Norkhalid dalam ucapannya menyatakan bahawa beliau berpesan agar semua atlet dapat menjaga diri masing-masing walau di UMS semasa berlangsungnya MASUM Fasa 1 serta tetaplah lakukan yang terbaik demi mengharumkan nama UPSI.

Beliau berharap komitmen yang ditunjukkan oleh semua atlet akan membuktikan betapa tingginya semangat kesukanan, ukhuwah dan kerjasama antara warga USM dalam bidang sukan yang akan membawa kepada kecemerlangan dalam program penyertaan sukan.

Kotinjen UPSI meletakkan sasaran kedudukan ketiga daripada 20 Universiti Awam yang bertanding dan menyasarkan untuk mengutip 16 pingat emas iaitu Silat (5 emas), Taekwondo (5 emas), Memanah (3 Emas), Petanque (2 Emas) dan Bola Tampar Pantai (1 Emas).

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)