Oleh: Nuralya Fatini

Tanjong Malim, 1 September 2024: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui Lajnah Diploma, Kelab Al-Mursyidin (AMC) dengan kerjasama Pusat Islam UPSI dan MMK Kolej Awang Had Salleh (KAHS) mengadakan Program Meet and Greet with AMC secara atas talian melalui platform Google Meet dan Facebook Live, Al-Mursyidin Club Official.

Seramai 400 orang mahasiswa dan mahasiswi UPSI menyemarakkan serta memeriahkan program ini.

Program dimulakan dengan ucapan dan perasmian program oleh penasihat AMC, Ustaz Mohd Ali Abdul Malek.

Seterusnya, sesi suai kenal bersama panel, iaitu mantan Presiden AMC Sidang 2023/2024, Saudara Meor Mohamad Fathullah Meor Abdul Razak seterusnya diikuti dengan sesi penerangan berkaitan Kelab Al-Mursyidin.

Akhir sekali, program diteruskan lagi dengan sesi soal jawab di mana para peserta akan mengajukan soalan kepada panel, Saudara Meor dan diikuti sesi penggulungan (rumusan) oleh panel.

Matlamat utama program ini dilaksanakan adalah bagi memperkenalkan persatuan Kelab Al-Mursyidin kepada mahasiswa/i UPSI terutama kemasukan baru pelajar diploma.

Selain itu, program ini bertujuan menghadirkan kepada pelajar UPSI suasana biah solehah yang dibawakan oleh AMC.

Di samping itu, program ini juga memberi pencerahan kepada pelajar UPSI bahawasanya pelajar beragama lain juga boleh menyertai aktiviti-aktiviti anjuran AMC.

Antara persoalan yang dibicarakan dalam sesi soal jawab adalah ‘Bagaimana Saudara Meor membahagikan masa di antara menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin dengan pelajaran sehingga mampu mencapai dekan setiap sem?’.

Daripada persoalan ini, mahasiswa/i UPSI memperoleh ilmu pengetahuan, panduan mengurus masa serta memupuk sikap berani bertanya untuk meningkatkan lagi kemahiran insaniah justeru memperbaiki diri.

Dihasratkan mahasiswa/i UPSI memperoleh banyak manfaat daripada program ini justeru mampu mengamalkan segala ilmu, tip dan nasihat yang telah disampaikan sepanjang program berlangsung. Seterusnya, membentuk sahsiah terbaik dalam diri mahasiswa/i UPSI.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)