Oleh: Mahzuz Irfan Asmad dan Cherliz Treacy Yahya

Tanjong Malim, 31 Ogos 2024 – Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki (MMKAB) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sidang 2024/2025 menganjurkan program ambang merdeka kolej aminuddin baki yang dijalankan di Surau Al-Falah Kolej Aminuddin Baki pada 30 Ogos 2024. Majlis ini telah dianjurkan dengan kehadiran seramai 40 peserta.

Majlis ini dimeriahkan dengan ceramah dan perkongsian yang disampaikan oleh Prof Madya Dr. Ahmad Zainuddin bin Husin daripada Fakulti Sains Kemanusian Universiti Pendidikan Sultan Idris selaku penceramah jemputan.

Turut dihadir, barisan pentadbiran kolej dan felo kolej aminuddin baki. Program ini juga turut disertai oleh barisan Majlis Mahasiswa Kolej sidang 2024/2025.

Majlis ini dianjurkan sebagai sebuah platform untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan sempena Sambutan Ambang Merdeka 2024.

Program ini turut memperkenalkan pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk menyatukan semangat kesatuan Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki sidang 2024/2025 dan menanamkan rasa cinta akan tanah air dalam kalangan semua jemputan yang hadir.

Sambutan ini bertindak sebagai satu titik permulaan bagi kita semua untuk menghayati erti kemerdekaan dan bersiap-sedia untuk memikul tanggungjawab sebagai rakyat yang berjiwa merdeka.

Menurut penceramah jemputan, Prof Madya Dr. Ahmad Zainuddin Husi, erti sebuah kemerdekaan yang sebenar bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal, tetapi lebih mendalam lagi iaitu merdeka jiwa.

Ini bermaksud kebebasan dalam pemikiran, semangat, dan hati nurani. Merdeka jiwa merujuk kepada kemampuan individu dan masyarakat untuk berdiri dengan keyakinan sendiri, bebas daripada belenggu ketakutan, ketaksuban, dan pengaruh luar yang negatif.

Ia adalah kebebasan untuk berfikir dengan rasional, membuat keputusan berdasarkan prinsip moral yang kukuh, dan mengekalkan integriti dalam setiap tindakan. Dalam erti kata lain, merdeka jiwa adalah asas kepada pembangunan diri dan negara yang berteraskan keadilan, kemanusiaan, dan kebenaran.

Diharapkan program seperti ini menjadi titik tolak dalam memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan pelajar kolej. Melalui penglibatan aktif dalam program ini, Majlis Mahasiswa kolej Aminuddin baki berharap para pelajar dapat mendalami erti kemerdekaan dan menghargai perjuangan yang telah dilalui oleh para pejuang negara.

Program ini juga diharap dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dan staf kolej, serta mencipta suasana yang penuh semangat patriotik dan kebanggaan terhadap identiti bangsa dan negara.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)