Oleh: Dr. Noor Hidayah Che Lah

Bangi, 5 September 2024 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya merangkul anugerah khas bagi kategori Excellence in Future-Proof Learning, dua pingat emas, dua pingat perak dan satu pingat gangsa di pertandingan inovasi KInovasi IUCEL 2024 di Avenue Convention Center, Bangi.

KInovasi IUCEL 2024 dianjurkan oleh The Congress and Innovation Competition in Teaching and Learning (kNovasi) dan International University Carnival on E-Learning (IUCEL) bagi memperkasakan inovasi-inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat global.

Anugerah dan pingat-pingat ini telah dianugerahkan kepada penyelidik yang komited dan berdedikasi tinggi di UPSI.

Anugerah khas bagi kategori Excellence in Future-Proof Learning Award telah dianugerahkan kepada Dr. Abdul Rahman Safian dari Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP) bagi produk inovasi yang bertajuk “eMARZ: Revolutionizing Music Appreciation with eMARZsive VR Technology for Malaysian Schools”.

Dua pingat emas telah dirangkul oleh Ts. Dr. Faridah Hanim Yahya dari Fakulti Pembangunan Manusia bagi inovasi “Augmented Reality Visual Plan Projection Geometry (ARVPP-Geo) Kits” dan Profesor Madya Dr. Siti Rahaimah Ali dari Fakulti Pembangunan Manusia bagi inovasi “E-Lounia : Mobile Application of The Numeracy Understanding Model for Alternative School”.

Selain itu, pingat dua pingat perak dirangkul oleh Dr. Syamsinar Abdul Jabar dari Fakulti Pembangunan Manusia bagi inovasi “ApKodBM” dan Profesor Madya Dr.  ChM Dr Noorshida Mohd Ali dari Fakulti Sains dan Matematik bagi inovasi “Cmet3 Model Kit”.

Manakala pingat gangsa pula telah dirangkul oleh Profesor Madya Dr. Saipolbarin Ramli dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi bagi inovasi “Kit E-Muhadathah”

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Suriani Abu Bakar berkata UPSI, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC), UPSI, Prof. Dr. Rosmilah Misnan dan seluruh warga UPSI amat berbangga dengan kejayaan ini kerana penyelidik-penyelidik dari UPSI dapat meneruskan tradisi kecemerlangan dalam penyelidikan dan inovasi dengan memenangi anugerah khas dan lima pingat dalam pertandingan KInovasi IUCEL 2024 ini.