Oleh: Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain

TANJUNG MALIM, 9 September 2024 – Persidangan Kebangsaan Eksplorasi Pendidikan (PKEP) yang bakal berlangsung sebelum dari sekarang hanya akan diadakan selama dua hari bertempat di Hotel Casuarina Meru, Ipoh, Perak.

Menurut Timbalan Pengerusi Persidangan I PKEP, Dr Laili Farhana Md Ibharim, PKEP akan berlangsung pada 8 Oktober 2024 hingga 9 Oktober 2024 dengan jawatankuasa persidangan telah membuat penyesuaian jadual program termasuk mengubah Bengkel: Penulisan Manuskrip Menggunakan Aplikasi AI oleh Dr Muhammad Fadzilah Zaini dari UPSI dari 10 Oktober 2024 ke 9 Oktober 2024.

Perubahan jadual ini juga bagi membolehkan penganjuran program berlangsung dengan cekap dan teratur. Dengan ketiadaan hari ketiga persidangan yang dianjurkan separuh hari akan dapat menjimat masa dan kos penganjuran.

Dr Lali juga menjemput mereka yang berminat untuk menyertai PKEP melalui hebahan “Panggilan Akhir” dengan menghubungi Dr Laili sendiri (017-5540815) atau Nor Azura Mustafa Bakri (019-8777973).

Peserta juga boleh melayari laman web https://pkep.upsi.edu.my/ atau menghubungi Seksyen Penerbitan Jurnal, Pejabat Karang Mengarang, UPSI di talian 05-4505437 atau emel kepada me.ejournal@upsi.edu.my.

Terdahulu, Jawatankuasa PKEP menyeru para penyelia pelajar pasca siswazah fakulti untuk menyertai PKEP dengan sasaran minimum 5 orang pembentang setiap fakulti dengan menggunakan peruntukan IPS Fakulti iaitu RM1,000 pelajar sarjana dan RM2,000 pelajar PhD.

Pelajar pasca siswazah yang memerlukan syarat penerbitan dalam pengajian mereka perlu mengambil peluang ini untuk menyertai PKEP.

PKEP mengetengahkan dua pakar AI dalam pendidikan iaitu Profesor Madya Dr Azizi Abd Aziz dari Universiti Utara Malaysia dan Profesor Madya Dr Bahbibi Rahmatullah dari UPSI yang tentunya nanti bukan sahaja memfokuskan penggunaan AI sahaja tetapi juga ke arah mencipta teknologi AI untuk pendidikan negara.

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial
error

Enjoy this blog? Please spread the word :)