Oleh: Bazli Razak

Tanjong Malim, 3 September 2024 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyerahkan bantuan kerusi roda elektrik dan sumbangan takaful berkelompok kepada staf dan waris UPSI yang berkelayakan di hari ini.

Bantuan tersebut melibatkan empat (4) orang penerima kerusi roda elektrik dan empat (4) orang waris penerima sumbangan takaful berkelompok menerusi Tabung UPSI Prihatin yang diwujudkan bagi membantu kakitangan dan mahasiswa serta masyarakat bagi meringankan beban musibah dan kemiskinan.

Prof Datuk Dr. Md Amin menyerahkan replika cek sumbangan takaful berkelompok UPSI kepada salah seorang waris pesara UPSI.

Penyerahan bantuan disempurnakan oleh Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff di Bangunan Canselori, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI,

Dalam ucapan majlis itu, Prof Datuk Dr. Md Amin berkata program penyerahan bantuan ini merupakan satu inisiatif yang diadakan bagi menghargai sumbangan dan jasa bakti kakitangan UPSI yang telah lama berkhidmat di sini.

Prof Datuk Dr. Md Amin menyantuni staf penerima kerusi roda elektrik, En. Ahmad Supian Abdullah
Prof Datuk Dr. Md Amin menyantuni waris pesara UPSI

Menurut beliau, cetusan idea untuk melaksanakan majlis penyerahan bantuan ini disebabkan oleh semangat juang yang dipamerkan oleh kakitangan UPSI yang mempunyai kekurangan diri tapi sentiasa komited untuk menjalankan tugas di sini.

Ucapan aluan yang disampaikan oleh Prof Datuk Dr. Md Amin

“Saya sentiasa cakna dengan kakitangan UPSI yang kekurangan kemampuan namun saya kagum dengan mereka yang tetap bersemangat dan komited untuk bekerja di UPSI.

“UPSI akan menyediakan pelbagai lagi inisiatif bantuan kepada kakitangan dan pesara UPSI pada masa akan datang bagi memastikan kebajikan warga UPSI terjaga,” ujar beliau dalam majlis ini.

Dalam majlis yang sama, Prof Datuk Dr. Md Amin berkata UPSI bakal melancarkan kad pesara kepada pesara UPSI termasuk balu pesara.

Jelas beliau, kad pesara tersebut menyediakan manfaat dalam menggunakan semua kemudahan yang ada di UPSI pada kadar harga staf.

Prof Datuk Dr. Md Amin dan wakil UPSI bersama penerima kerusi roda elektrik

Turut hadir menyaksikan penyerahan bantuan tersebut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr. Suriani Abu Bakar; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr. Norkhalid Salimin; Pendaftar UPSI, En. Helmi Zaifura Abdul Rahman; Pengarah, Pusat Waqaf, Endowmen, Zakat, Sedekah dan Khairat (Wezas), Prof Madya Dr. Mohd Abdul Nasir Abd Latif.