Oleh : Maziah Zee Abdullah

Tanjong Malim, 31 Ogos 2024 – Lebih daripada 100 orang pelajar sekolah melalui pengalaman luar biasa bermalam di Muzium Pendidikan Nasional sempena program Bermalam di Muzium Perdana.

Program dua hari satu malam itu sarat dengan pelbagai pengisian bertemakan kemerdekaan antaranya menghasilkan poster patriotik, ikhtiar hidup dan eksplorasi muzium.

Ketibaan peserta Bermalam di Muzium Perdana @Muzium Pendidikan Nasional
Sesi Ice Breaking yang dikendalikan oleh fasilitator yang terdiri daripada 10 orang pelajar UPSI
Aktiviti berkumpulan dalam menghasilkan portrait bertemakan patriotik

Seramai 102 orang pelajar sekolah menengah berusia antara 13 hingga 17 tahun sekitar Tanjong Malim menjadi sebahagian daripada 2,202 peserta dari 33 buah muzium seluruh Malaysia telah mencipta Malaysia Books of Records, penglibatan peserta melukis poster patriotik paling ramai.

Salah satu kumpulan membentangkan portrait dan vedio yang dihasilkan
Setiap kumpulan akan membentangkan portrait dan vedio yang dihasilkan
Menyusuri laluan bersejarah di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah

Majlis penutupan diadakan di Muzium Bank Negara Malaysia yang disempurnakan oleh Menteri Perpaduan Negara, Daruk Aaron Ago Dagang yang diadakan di Muzium Bank Negara Malaysia.

Dalam ucapannya, Datuk Aaron Ago Dagang menyeru agar anak muda meningkatkan semangat patriotisme dan memupuk perpaduan dalam diri bagi memastikan kemerdekaan tanah air terus kekal dan dipertahankan.

Peserta didedahkan dengan aktiviti membakar ubi dan ikan dalam aktiviti ikhtiar hidup
Aktiviti membakar ubi dan ikan dalam aktiviti ikhtiar hidup

Bermalam di Muzium Perdana anjuran Jabatan Muzium Malaysia dengan kerjasama Muzium-Muzium Negeri dan Institusi seluruh Malaysia, diadakan secara hibrik dengan seluruh 33 buah muzium, pada kali ini Muzium Bank Negara Malaysia bertindak sebagai tuan rumah.

Turut hadir di Majlis Penutupan di Muzium Pendidikan Nasional UPSI, Penasihat Undang-undang, Puan Salwati Mohd Aris, Timbalan Pengarah (Pemuziuman dan Galeri), Dr Dareez Vincent Amos @Mohd Fadhly.