Oleh : Muhammad Danish Ikhwan
Tanjong Malim, 7 November 2024 – Program Etika Menuntut Ilmu : Harmoni Dalam Pergaulan dan Privasi bagi tahun 2024 bersamaan 1446H diadakan di Dewan Kuliah Pusat 5, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Program ini merupakan anjuran di bawah Kelab Al-Mursyidin (AMC) dengan kerjasama Pusat Islam UPSI, Kolej Awang Had Salleh (KAHS), Kolej Aminuddin Baki (KAB), dan WEZAS, UPSI.
Program bermula dengan mengalu alukan ketibaan panel jemputan iaitu Muhammad Afizi Zazani Muddin dan Ahla Qistina Ahmad Rushdi yang merupakan Exco Kesukarelawanan dan Pembangunan Sahsiah MPP Sidang 23/24, diiringi tuan moderator, Muhammad Adib Zulhilmi Dusuki.
Program dimulakan dengan bacaan Asmaul Husna dan bacaan doa pembuka majlis.
Program diteruskan dengan sesi perkongsian daripada panel jemputan. Moderator mengajukan soalan kepada panel dan soalan yang diajukan berfokus kepada adab dan ilmu.
Sesi perkongsian dimulakan dengan Muhammad Afizi menerangkan pentingnya adab ketika menuntut ilmu.
Beliau juga berkongsi tentang kunci kejayaan dan pengalaman sepanjang beliau berada di UPSI dan seorang Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Seterusnya, Ahla Qistina memberi perkongsian berkenaan kepentingan untuk mencari kumpulan atau “circle” yang baik kerana bagi beliau kumpulan yang baik mampu membantu kita sepanjang kita berada di alam Universiti.
Beliau juga berkongsi rahsia yang membolehkan beliau menerima anugerah Dekan Semester bagi semester 1,2,3 dan 4 pada tahun 2021 hingga 2024
Akhir sekali, sesi penggulungan daripada semua panel dan sesi penyampaian cenderahati daripada Kelab Al-Mursyidin kepada para panel.
Sesi penyampaian cenderahati daripada penasihat kelab, Ustaz Mohd Ali Abdul Malek, diiringi pengarah program, saudara Muhammad Danish Ikhwan Bin Muhammad Nur.
Program diakhiri dengan dengan bacaan Doa Rabitah dan sesi bergambar bersama para peserta program pada malam itu.