Oleh: Dilaila Balqis Hussin

Tanjong Malim, 10 November 2024 – Program Warisan Budaya di bawah anjuran Exco Kediaman 3 Sakura Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) sidang 2024/2025, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melabuhkan tirai dengan jayanya bersama  85 orang penghuni wanita yang majoritinya adalah dari blok Sakura iaitu blok 3 Kolej Harun Aminurrashid.

Objektif utama program Warisan Budaya adalah bertujuan meningkatkan pengetahuan kepada peserta tentang budaya dalam permainan tradisional pelbagai etnik supaya peserta lebih mengenali keunikan pelbagai permainan yang ada di Malaysia.

Selain itu, program ini dapat meningkatkan kelestarian warisan budaya permainan dengan cara memelihara dan mempromosikan permainan tradisional sebagai warisan khazanah Malaysia yang meliputi pelbagai kaum.

Pada masa sama juga dapat mengukuhkan nilai-nilai positif dengan penerapan nilai murni seperti saling menghormati, berkerjasama dan sefahaman melalui permainan tradisional yang dipertandingkan antara kumpulan.

Intipati pogram ini adalah melibatkan perlawanan antara 8 kumpulan yang sama-sama bertanding dalam permainan yang diadakan, antaranya ialah permainan Congkak, Tuju selipar, Magunatip, Kasut Tempurung, Gendang Si Buta dan Kaddhi.

Program yang bertemakan “Bersatu Teguh Bercerai Roboh” ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Felo Blok Sakura Kolej Harun Aminurrashid iaitu Puan Norrulkamari Daud.

Melalui ucapan beliau dengan menekankan semangat bekerjasama dalam kumpulan sangat penting, kalah atau menang adalah adat perlawanan, yang penting semangat yang diterapkan sesama ahli kumpulan.

Selain itu, beliau juga berharap permainan yang diadakan turut dapat memberi keseronokan kepada peserta melalui pendedahan pelagai aktiviti permainan tradisional selain permainan kaum melayu.

Selain itu, tidak dilupakan juga kata-kata aluan oleh Ketua Blok Kediaman Sakura, Nurin Rozaini Azreen juga menyampaikan suntikan semangat kepada semua kumpulan yang bertanding sebelum aktiviti pada program itu bermula.

Setiap kumpulan yang menyertai perlawanan ini adalah terdiri daripada etnik yang berbeza seperti Melayu, India, Cina dan juga Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Rasional setiap kumpulan yang dibentuk daripada pelbagai etnik ini berjaya menjalin hubungan yang lebih erat sesama ahli kumpuan walaupun awalnya rata-rata peserta tidak mengenali antara satu sama lain tetapi akhirnya berjaya memupuk kebersamaan dalam diri setiap ahli kumpulan.

Melalui program ini, objektif program dapat dicapai dengan baik walaupun cuaca agak panas, namun semangat yang ditunjukkan oleh setiap kumpulan yang bertanding meriuhkan suasana dengan semangat dan sokongan yang diberikan kepada ahli kumpulan masing-masing.

Tambahan, feedback daripada peserta yang hadir amat positif dan menyeronokkan mereka walaupun terasa penat dan Lelah.

Sebagai penutup, program berakhir dengan sesi penyampaian hadiah oleh felo penasihat kepada kumpulan yang menang iaitu kumpulan 7 sebagai Johan bagi program Warisan Budaya disusuli dengan kumpulan 2 sebagai Naib Johan dan tempat ketiga adalah kumpulan 3. Seterusnya, sesi fotografi bersama semua yang hadir.

Tahniah kepada seluruh barisan AJK pelaksana program atas kejayaan menganjurkan acara yang cemerlang dan mendapat sambutan yang sangat mengalakkan daripada penghuni kolej, khususnya penghuni Blok Sakura KHAR.