Oleh: Sorfina Farhanah

Tanjong Malim, 9 Februari 2025 – Seramai 55 peserta, termasuk penghuni kolej, ahli jawatankuasa, felo, pengetua, dan instruktor, menyertai Jejak Varsity: Hiking Bukit Changkat Asa yang dianjurkan oleh Majlis Mahasiswa Kolej Awang Had Salleh (MMKAHS).

Program ini bukan sekadar aktiviti pendakian selama lima jam tetapi juga platform untuk meningkatkan kecergasan, memupuk kerjasama, dan menghargai alam sekitar.

Peserta diberikan taklimat keselamatan sebelum memulakan pendakian yang mencabar tetapi menyeronokkan dengan pemandangan hijau yang mendamaikan.

Gambaran aktiviti mendaki bukit

Selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), program ini menggalakkan gaya hidup sihat (SDG 3), membangunkan potensi pelajar (SDG 4), dan membentuk komuniti aktif (SDG 11).

Menurut Pengarah Program, Sorfina Farhanah, pendakian ini bukan sahaja meningkatkan stamina tetapi juga membina disiplin dan ketahanan mental peserta.

Gambaran aktiviti mendaki bukit

Program berakhir dengan sesi refleksi dan penghargaan kepada semua yang terlibat. Kejayaan aktiviti ini diharapkan dapat membuka jalan kepada lebih banyak program luar yang menyokong kecergasan dan perpaduan komuniti kolej. Tahniah kepada semua peserta!