Tanjong Malim, 5 FEBRUARI 2025– Seramai 1500 pelajar UPSI yang sedang menjalani minggu peperiksaan Semester 1 Sesi 2024/2025 dan pelajar program Diploma, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima bungkusan makan tengah hari di perkarangan Masjid Al-Mursyidin, Kampus Sultan Azlan Shah melalui Program Dapur Kasih Bitara: HEPA. Penyediaan makanan secara gotong-royong yang bermula seawal jam 7.30 pagi adalah anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Pusat Islam dan Majlis Mahasiswa Kolej Kediaman mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Profesor Dr. Norkhalid Salimin, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) turut hadir dan beliau turut turun padang dalam menjayakan program ini. Menurut beliau, “Program Dapur Kasih Bitara Siri Ke-3 tahun 2025 ini bertujuan membantu pelajar yang sedang mengikuti peperiksaan dan kuliah hujung semester dalam bentuk penyediaan makanan tengahari. Berdasarkan data BHEP, pelajar menghadapi kekangan kewangan apabila sampai ke hujung semester. Adalah diharapkan mahasiswa dapat memberi fokus kepada pengajian dan UPSI sentiasa cakna dengan kebajikan pelajar khususnya dalam menangani isu sara hidup yang kian meningkat.”
Timbalan Pendaftar Kanan, BHEP Puan Hajjah Maskana Haji Ahmad turut memanfaatkan sesi gotong-royong persediaan agihan ini sebagai aktiviti Rabu Qalbu Bahagian Hal Ehwal Pelajar turut serta bersama pelajar dan kakitangan yang hadir menyediakan bahan mentah masakan.
Program ini bermula seawal jam 7.30 pagi dan semua sukarelawan dan kakitangan untuk memulakan tugas-tugas penyediaan bahan mentah memasak. Makanan yang siap dimasak, dibungkus untuk agihan dan semua makanan selesai diagih pada jam 12.30 tengahari.