Oleh: Encik Nurul Anuar Jamasan @ Kasban

Tanjong Malim, 20 Mac 2025 – Ramadhan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga bulan memberi dan berkongsi rezeki. Projek Ramadhan Madani YAPIEM – UPSI 2025 dianjurkan bersama oleh pihak YAPIEM Perak dan UPSI.

Fakulti Bahasa & Komunikasi [FBK] dan Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat & Sedekah [WEZAS] bersama Pusat Islam terlibat bagi penganjuran di UPSI.

Program dirasmikan oleh Pengarah/Ketua Divisyen Undang-undang dan Kesetiausahaan YAPIEM, Puan Siti Salwa Mawardee; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Prof Dr Norkhalid Salimin, hadir menerima sumbangan YAPIEM kepada UPSI berjumlah RM 20,000.

YAPEIM memfokuskan bantuan meliputi aspek Pendidikan dan Kemasyarakatan, penganjuran Program / Majlis Ramadan Madani YAPEIM yang melibatkan IPT terpilih di seluruh negara ini adalah bertujuan menyantuni dan meringankan beban kewangan kumpulan sasar dalam meraikan Ramadan dan sambutan Aidilfitri .

Seramai 300 orang penerima sumbangan YAPIEM Didik berjumlah RM 30,000.00 melibatkan 100 orang pelajar daripada UPSI dan 200 pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah dari sekitar daerah Muallim.

Menurut Pengarah/Ketua Divisyen Undang-undang dan Kesetiausahaan YAPIEM, Puan Siti Salwa Mawardee, penglibatan YaPEIM di daerah Muallim bukanlah sesuatu yang baru.

“Saya dimaklumkan, sejak tahun 2015, hubungan erat dengan PPD dan sekolah- sekolah telah terjalin melalui  program kebajikan dan program pendidikan yang meliputi pelaksanaan program kecemerlangan, motivasi dan pembangunan sahsiah murid yang tidak lain untuk memperkasa pendidikan dan meningkatkan kecemerlangan pelajar di seluruh daerah Muallim amnya.

“Inilah keindahan Ramadan, apabila semua pihak bersatu hati untuk memberi. Terima kasih kepada semua yang menyumbang dan menjayakan program ini,” katanya.

Semoga keberkatan ini terus mengalir dan memberi inspirasi kepada lebih ramai untuk berbuat kebaikan dan menyumbang melalui WEZAS, UPSI