Oleh : Maziah Zee Abdullah
Gerik, 20 Mac 2025 – Institut Peradaban Melayu (IPM) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bakal bekerjasama dalam tiga bidang utama iaitu program latihan teknologi hijau tempatan, program pendidikan biodiversiti dan pakej ekopelancongan.
Seramai enam orang wakil dari Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV) dan Institut Peradaban Melayu telah menyertai satu sesi pengenalan yang diadakan di Pusat Pemuliharaan dan dan Interpretif Rafflesia (PPIR), di FELDA Bersia Timur, Gerik, Perak, yang dikendalikan oleh Pn. Noorsiha Ayob, Pegawai Penyelidik, FRIM.



Deligasi UPSI diketuai oleh Pengarah, IPM, Prof. Dr. Tajul Shuhaizam Said, diterangkan tentang projek yang sedang diusahakan oleh FRIM dalam membangunakan dan memulihara khazanah alam yang hampir pupus iaitu bunga rafllesia serta kawasan hutan yang berada di dalam kawasan PPRI.
Deligasi turut dibawa melawat Pusat Latihan Komuniti Hijau di FELDA Bersia. Pusat berkenaan menjadi projek perintis untuk memberi latihan kepada penduduk di FELDA Bersia dan Kampung Bogor, Gerik berkaitan dengan teknologi penghasilan kompos, penanaman hidroponik dan penanaman padi.



Menurut Noorsiha Ayob, projek perintis yang mendapat kerjasama dari FELDA bertujuan untuk melatih warga setempat bagi mengusahakan penanaman padi di bawah program Seed to Spoon.
“Warga setempat juga turut dilantik sebagai tenaga pengajar dan jurupandu bagi kedua-dua program di PPRIM dan Pusat Latihan Komuniti Hijau”, ujar beliau
Kerjasama antara UPSI dan FRIM akan berfokuskan kepada penyelidikan, perundingan, knowledge transfer program (KTP), program sangkutan, Adjung Kampus dan pembangunan produk, pakej ekopelancongan, dan pembangunan nature-art dan local knowledge.


Prof. Tajul Shuhaizam berkata, IPM akan melihat ruang dan peluang kerjasama yang sesuai bagi membantu usaha FRIM dalam memulihara dan memelihara alam sekitar serta pembangunan ekonomi penduduk melalui latihan dan kursus yang bersesuaian.
Deligasi UPSI yang terdiri daripada Prof. Dr. Tajul Shuhaizam Said, Prof. Madya Dr. Kamarul Ismail, FSK, Dr. Abu Bakar Mamat dan Dr. Mohd Amirul Hussain, FTV, Dr. Mad Zahril Nizam Md Yusoff dan Pn. Maziah Zee Abdullah mewakili IPM.
