Oleh: Arissa Hasya Auni

Tanjong Malim, 11 Jun 2025 – Hasil keputusan Kejohanan Boling Amatur UPSI ke-121 pada 4 Jun lalu melalui  Pertandingan Tenpin Boling Apresiasi Alumni (TASTE) Team Tenpin Boling PKM (FIGURA) (TASTE FIGURA PKM), satu pertandingan ulangan diadakan pada hari ini di UPSI Sports Bowl.

Dalam Keiohanan Boling Amatur UPSI yang memasuki siri ke-123, menyaksikan Juara Bertahan yang juga Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) N1 PKM, Muhammad Shahrul Mizan Mohamed Nizam terpaksa berputih mata dan menyerah kejuaraan kepada pencabar baharu, Ahmad Azhari Uda.

Azhari bersama Piala Kemenangan

Azhari yang merupakan Alumni Kejohanan Boling Amatur UPSI berjaya menumpaskan Shahrul Mizan (317 jatuhan pin) dengan mendapat 371 jatuhan pin. Azhari juga berjaya memenangi Juara Bersama Pusingan 1 (121 jatuhan pin).

Tempat kedua dimenangi oleh Ilyah Nazrah Jamaluddin dengan 341 jatuhan pin. Beliau juga menang Juara Pusingan 3 dengan 154 jatuhan pin. Manakala Ahmad Janatul Firdaus pula menduduki tempat ketiga dengan 339 jatuhan pin iaitu kurang 2 mata berbanding Ilyah. Ahmad Janatul menang Juara Bersama Pusingan 1 dan Juara Pusingan 2 (121 jatuhan pin).

Kali ini, Shahrul Mizan hanya berpuas hati menduduki tempat keempat dengan 317 jatuhan pin. Manakala Juara Kejohanan Boling Amatur UPSI Ke-97, Ahmad ‘Afif Afnan hanya mencatatkan 307 jatuhan pin sahaja.

Sesi penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Pendaftar Kanan, PKM yang juga Pengasas Kejohanan Boling Amatur UPSI, Ahmad Janatul Firdaus Dzulkarnain.

Menurut Ahmad Janatul, pertandingan ini dianjurkan selang seminggu bagi meneruskan momentum pemain boling untuk mencatatkan permainan yang cemerlang dan konsisten.  Ia juga sebagai sesi refleksi kepada atlet/bakal atlet PKM/Kontinjen Kapten Yazid dan juga jemputan Alumni Kejohanan untuk sama-sama memajukan diri melalui teknik dan kemahiran bermain boling.

Sepanjang pertandingan, medal kepada peserta yang mencatatkan jatuhan strike disampaikan secara langsung. Juara Strike bagi TASTE FIGURA PKM kali ini dimenangi oleh Ahmad Janatul (7 strike), tempat kedua dimenangi secara bersama oleh Illyah Nazrah dan Azhari (5 strike) dan tempat ketiga disandang oleh ‘Afif Afnan dengan 4 strike.