Pulau Pangkor, 8 Februari 2026 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus komited memperkasa pembangunan sosioekonomi komuniti setempat menerusi pelaksanaan Projek Knowledge Transfer Programme (KTP) berteraskan Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM) robotik dan masakan bakso bersama komuniti Pulau Pangkor.
STEM dalam bidang elektronik dan robotik ini melibatkan pelajar SMK Pangkor, Tahfiz Pangkor, SK Seri Pangkor dan SJKC Hwa Lian 2 bagi membantu dan mendedahkan pelajar di pulau tersebut dalam mempelajari sains dan teknologi secara praktikal. Melalui aktiviti seperti membina litar mudah dan robot kereta kawalan asas secara berkumpulan, murid dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif, menyelesaikan masalah dan bekerja dalam kumpulan.



Sementara itu, komponen masakan pula memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran keusahawanan komuniti di Kg. Masjid, Pulau Pangkor melalui penghasilan bakso, termasuk aspek penyediaan, pemprosesan, pembungkusan serta penjenamaan. Aktiviti seperti pembuatan bakso dan produk berasaskan makanan tempatan dilihat berpotensi untuk dikomersialkan sebagai sumber pendapatan tambahan komuniti, khususnya dalam sektor pelancongan Pulau Pangkor.
Menurut Pengarah UCTC, Prof. Dr. Mohd Azlan Nafiah, projek KTP STEM robotik dan projek KTP masakan yang dikendalikan oleh Prof. Madya. Ts. Dr. Irdayanti binti Mat Nashir dan En. Mohd Syahir bin Shahuddin ini bertujuan memindahkan ilmu dan kepakaran universiti kepada komuniti bagi meningkatkan kemahiran, pengetahuan serta keupayaan menjana pendapatan secara mampan.


Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata pelaksanaan projek KTP yang melibatkan pensyarah dan pelajar UPSI ini adalah sebagai pemudah cara menyokong aspirasi Jabatan Pendidikan Tinggi dalam merakyatkan hasil penyelidikan, inovasi dan kepakaran di Universiti Awam bagi dimanfaatkan untuk pembangunan komuniti.
Pelaksanaan program KTP di Pulau Pangkor ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Diraja Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi dalam Majlis Perasmian Program Pembangunan Komuniti Madani Pulau Pangkor di Pusat Komuniti Kampung Masjid, Pulau Pangkor, Perak. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) melalui pelaksanaan Knowledge

